Lapor Suara-Keadilan.com;
Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar tentang pencapaian pengeluaran beras pada kadar 70 peratus sahaja telah menarik minat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail untuk berbahas lanjut.
Beliau menyifatkan Menteri terbabit gagal melaksanakan industri terbabit seperti yang dibentangkan semasa bahas bajet pada tahun 2009 yang disasarkan pengeluaran beras negara pada kadar 86 peratus.
Peruntukan besar yang dikeluarkan oleh Kerajaan terhadap sektor terbabit dilihat sebagai satu pembaziran
"Kadar peratusan dari tahun 2008 hingga 2010 hanya meningkat 1.8 peratus sahaja ini yang mengecewakan. Apa yang telah dilakukan oleh kementerian terbabit dalam mencapai sasaran terbabit
"Apa terjadi peruntukkan berbilion-bilion yang diberikan kepada sektor pertanian nampaknya tiada progres yang berlaku dan ini lebih kepada bersifat pembaziran,"
"Pada pendapat saya kalau begini keadaannya saya rasa kerajaan perlu mengambil dalam jangka masa lapan tahun untuk mencapai sasaran 86 peratus," jelasnya
Datuk Noh Omar menyifatkan kegagalan sektor tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk Malaysia setiap tahun.
"Berapa ramai pertambahan penduduk Malaysia setahun, jawapan yang diberikan itu tak masuk akal kita. Kerajaan memberi fokus pada bajet tentulah mengambil kira pertambahan penduduk, tak kan tidak mengambil unjuran pertambahan penduduk,"
"Bagi saya sasaran ini gagal, kerana menggunakan perbelanjaan yang besar tetapi tidak mendatangkan pulangan yang munasabah," sambungnya lagi.
No comments:
Post a Comment