Loading...

Monday, March 29, 2010

Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan akan bekerjasama untuk melaksanakan hasrat Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi menyatukan empat syarikat konsesi di bawah satu entiti yang dikawal oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga, Hijau, Teknologi dan Air bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan pengguna air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Pengumuman Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menawarkan RM10.75 bilion untuk pengambilalihan itu tidak akan menjejaskan rundingan yang masih berjalan.”

Khalid berkata, industri perkhidmatan air boleh dijalankan pada harga lebih rendah sekali gus bercanggah dengan permintaan Syabas untuk menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus.

Beliau berkata, perjanjian penswastaan bekalan air kepada Syabas dan permintaannya untuk meningkatkan kadar tarif air menjadi peringatan kepada Selangor untuk mengkaji semula jadual harga.

“Kita perlu membetulkan kesilapan kerajaan pusat yang membenarkan syarikat operator salah guna proses industri ini untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

“Kami percaya ini adalah keputusan tidak betul dan tidak bijak serta membuka pelbagai spekulasi negatif kerana perjanjian itu merugikan pengguna,” katanya.

Khalid berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah ini demi kepentingan semua pihak khususnya pengguna di Lembah Klang.

Beliau juga yakin tawaran yang dibuat kepada empat syarikat konsesi itu memenuhi kehendak komersial, adil dan munasabah.

Selangorkini

No comments: