MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN TANPA MENGIRA KAUM DAN AGAMA
SRI MUDA - Setiap undangan yang diterima dari orang ramai akan cuba di penuhi oleh Shuhaimi Hj Shafiei sama ada undangan perkahwinan atau majlis kesyukuran tanpa mengira agama , bangsa dan fahaman politik.Shuhaimi Hj Shafiei berpendapat setiap undangan yang diterima oleh beliau adalah satu tanda perghormatan dan ia perlulah dihadirinya melainkan ada sesuatu yang menghalang dan tidak dapat di elakkan lagi.
Baru - baru ini Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan di Pelabohan Klang yang mana pengantin lelaki adalah sahabatan beliau yang telah lama dikenalinya.Kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei kemajlis perkahwinan tersebut adalah satu kejutan kepada tetamu - tetamu yang hadir kerana mereka semua tidak menyangka sama sekali sebagai seorang wakil Rakyat Shuhaimi Hj Shafiei hadir dalam suasana yang santai dan tiada sambutan protokol berlainan dengan wakil - wakil rakyat yang terdahulu.Ada dikalanggan tetamu tanpa segan silu menyatakan rasa selesa dengan wakil - wakil dari Pakatan Rakyat yang tidak terlalu mengikut protokol dan mudah untuk didekati tidak kira dimana juga lokasi dan majlis.
No comments:
Post a Comment