KEPERIHATINAN KERAJAAN NEGERI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT TERBUKTI
SRI MUDA - Pihak pembangkang di Negeri Selangor semakin ketandusan idea bila mana banyak program dan aktiviti yang di rancang oleh Pakatan Rakyat membuahkan hasil serta dapat dinikmati oleh rakyat di negeri Selangor.Bersempena sambutan ulangtahun kedua pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor satu majlis perasmian bangunan tadika rakyat telah dilangsungkan pada 8 mac 2010 baru - baru ini di Taman Sentosa Klang.YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah diberikan penghormatan untuk merasmikan pembukaan tadika rakyat tersebut.
Antara tetamu yang hadir pada hari perasmian tersebut adalah YB Puan Dr,Halimah Ali (Exco),YB Tuan Dr Xavier jayakumar (Exco),YB Shuhaimi Hj Shafiei ( Adun Sri Muda),Ketua Pegawai Daerah KLang, Yang Dipertua MPK serta Ahli - Ahli Majlis MPK , MBSA serta Wakil dari NGO serta pemimpin masyarakat setempat.Dalam ucapan YAB Dato' Menteri Besar menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bukan hanya bercakap kosong semata - mata hanya untuk mengambil hati rakyat namun akan tetapi dalam jangkamasa dua tahun pemerintahan perbagai kemudahan telah dapat dinikmati oleh rakyat tanpa mengira latarbelakang politik serta agama.
YAB Dato' Menteri Besar berpesan kepada pemimpin di semua peringkat waktu pembelajaran sudah berakhir dan kini adalah masa untuk menjayakan semua perancanggan agar dapat di nikmati oleh semua golonggan rakyat kerana itulah yang rakyat mahukan dari Pakatan Rakyat.Pembinaan Tadika rakyat diharap dapat membantu golonggan yang berpendapatan rendah untuk menghantar anak - anak mereka bagi mendapatkan pendidikan awal sebelum mereka memasuki alam sekolah rendah kelak.Tadika Rakyat ini bukanlah kemuncak kepada hasrat kerajaan negeri untuk merakyatkan ekonomi Selangor namun akan tetapi akan menyusul perbagai lagi kemudahan - kemudahan untuk dinikmati oleh rakyat kerana dalam waktu terdekat akan di wujudkan satu pusat rawatan kepada pengidap sakit buah pinggang di dalam kawasan Kota Raja.
KAIN PEMIDANG YANG MENJADI LATARBELAKANG PENTAS UTAMA KETIKA MAJLIS BERLANGSUNG.YAB TAN SRI DATO' ABDUL KHALID IBRAHIM BERSAMA BARISAN EXCO ,ADUN DAN AHLI PARLIMEN YANG HADIR
ORANG RAMAI BERPELUANG MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARI PELAJAR - PELAJAR TADIKA RAKYAT.
No comments:
Post a Comment