Kehadiran Shuhaimi Hj Shafiei serta rombangan telah di sambut dengan penuh kemesraan oleh CEO Bandacaya Group Ybhg.Dato Dr.David Lai dan di Iringi oleh tarian singa.Shuhaimi Hj Shafiei ketika menyampaikan ucapan perasmian telah memuji usaha yang telah dijayakan oleh Bandacaya Group kerana syarikat tersebut bukan hanya sekadar mencari keuntungan semata - mata namun akan tetapi dalam waktu yang sama syarikat juga berusaha membantu golonggan yang kurang berkemampuan.Bandacaya sering berkerjasama rapat dengan JKKK kampung Jalan Kebun juga MPP Zon 11 dalam menjayakan segala jenis majlis yang dilangsung di Kampung tersebut dengan tujuan agar jalinan tersebut dapat memberikan faedah serta muafaat kepada kedua belah pihak.
Antara penerima sumbangan pada hari tersebut adalah terdiri daripada ibu tunggal , orang kurang upaya ( OKU ), Keluarga miskin,Rumah anak yatim serta golongan usia emas.Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan menyeru kepada Syarikat Bandacaya untuk meneruskan usaha murni ini di masa akan datang kerana ia bukan hanya sekadar dapat meringgankan bebanan kepada golongan kurang berkemampuan ia juga dapat menaikkan imej syarikat di kacamata pembeli serta orang ramai.
No comments:
Post a Comment