SRI MUDA - Penantian selama hampir 3 bulan YB Shuhaimi Hj Shafiei serta orang ramai yang sering berkunjung ke pasar Taman Sri Muda untuk melihat tapak yang akan dimajukan pasar basah akhirnya terlerai bila mana MBSA dan Alam Flora telah menjalankan kerja - kerja pembersihan baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei telah memanjangkan isu tapak pembinaan pasar tersebut bermula dari awal december 2009 lagi agar tindakan dapat diambil kerana tapak tersebut telah di salah gunakan oleh segelintir peniaga serta orang ramai untuk membuang sampah sarap serta perbagai barangan yang lain.
Antara langkah yang telah di usahakan oleh Shuhaimi Hj Shafiei yang mewakili penduduk serta para peniaga adalah dengan menghantar surat permohonan kepada Datuk Bandar secara peribadi serta salinan kepada Alam Flora namun berkemungkinan ada sekatan atau pun kerana syarat - syarat serta garis panduan yang perlu di ikuti kerja - kerja pembersihan tersebut tertangguh selama 3 bulan.Namun akan tetapi beberapa hari yang lalu pihak MBSA serta Alam Flora telah menjalankan kerja - kerja pembersihan tapak projek tersebut yang mana telah memberikan kelegaan yang amat di banggakan oleh Shuhaimi Hj Shafiei serta orang ramai.
Shuhaimi Hj Shafiei menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjalankan kerja - kerja pembersihan tersebut.Akan tetapi sedikit rasa terkilan dilahirkan oleh Shuhaimi Hj Shafiei kerana tiba -tiba muncul induvidu yang kononnya menjadi wira dalam menyelesaikan permasalhan tersebut.Namun akan tetapi pada hakikatnya orang ramai telah sedia maklum beliau telah memulakan usaha - usaha agar kerja pembersihan tersebut dapat di laksanakan secepat yang mungkin demi kebaikkan untuk semua.
ANTARA YANG HADIR KETIKA TINJAUAN SHUHAIMI HJ SHAFIEI KE TAPAK PASAR SRI MUDA
JANGAN BIARKAN PERKARA BERULANG LAGI DIMASA AKAN DATANG
MUNGKIN ADA PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI BEKAS POLYSTRINE YANG TERBIAR
PEMANDANGAN TAPAK SEBELUM KERJA PEMBERSIHAN DI JALANKAN.REDUP MATA MEMANDANG KAWASAN TAPAK PASAR SELEPAS KERJA PEMBERSIHAN
No comments:
Post a Comment