Thursday, March 4, 2010

AKTIVITI RIADAH DAN SUKAN DUN SRI MUDA AKAN DIPERTINGKATKAN.

SRI MUDA - Memandangkan betapa pentingnya aktiviti riadah dan sukan agar ia dapat mempertingkatkan lagi penjagaan kesihatan kepada semua golongan masyarakat yang mana ketika ini dihimpit dengan kesuntukkan masa kerana tugasan dan sebagainya telah mendorong Shuhaimi Hj Shafiei menyokong penubuhan beberapa kelab sukan peringkat DUN Sri Muda.Antara sukan yang mendapat perhatian oleh Shuhaimi Hj Shafiei adalah sukan bowling seperti yang telah dibuktikan baru - baru ini yang Dun Sri Muda telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan bowling merebut piala Ketua Wanita keADILan Cabang Shah Alam.Pertandingan tersebut adalah kali kedua yang disertai oleh pasukan Dun Sri muda yang mana pada penyertaan yang pertama pasukan Dun Sri Muda berjaya menduduki tempat kedua.

Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan kesungguhan beliau untuk memberikan galakkan serta sokongan kepada masyarakat disemua peringkat untuk bergerak aktif didalam bidang riadah dan sukan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju serta kesihatan yang baik. Shuhaimi Hj Shafiei dengan dibantu oleh biro sukan Dun Sri Muda akan menganjurkan satu kejohanan bolasepak didalam masa yang terdekat secara liga yang berkemungkinan akan berlangsung selama tiga bulan.Sementera itu pasukan bowling yang sedia ada akan terus dikekalkan serta akan dihantar menyertai pelbagai kejohanan dimasa akan datang agar pasukan bowling Dun Sri Muda akan menjadi antara pasukan yang di segani serta akan memenangi pertandingan yang di sertai.Dalam masa terdekat Dun Sri Muda juga akan melancarkan pasukan bolasepak futsal untuk menyertai kejohanan - kejohanan sama ada di sekitar lembah Klang atau di luar Lembah Klang dan semoga segala usaha akan memperolehi kejayaan.

Haji Yaakop Sapari( Exco) dua dari kiri,Adnan Jamuri (Ahli Majlis MBSA) & Shuhaimi Hj Shafiei

Shuhaimi Hj Shafiei Bersama - sama pemain Bowling Pasukan Dun Sri Muda R98 ( Peformasi 98 )

Haji Yaakop Sapari & Shuhaimi Hj Shafiei bersama para Pasukan R98 dan Ajk Pertandingan

No comments: