Tuesday, March 23, 2010

KARNIVAL MAULIDUR RASUL MASJID BAITUL MAHABBAH ( MASJID PROTON )

SRI MUDA - Penganjuran karnival maulidur Rasul oleh Masjid Mahabbah ( Masjid Proton ) pada tahun ini mencatatkan satu lembaran sejarah yang amat bermakna kerana dihadiri oleh YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor serta Adun Kawasan Sri Muda YB Shuhaimi Hj Shafiei, Parlimen Kota Raja YB Puan Dr Siti Mariah Mahmud serta pemimpin setempat.Seawal pagi lagi orang ramai sudah berpusu untuk hadir ke karnival tersebut kerana ingin bertemu denagan YAB Dato Menteri Besar serta Wakil Rakyat kawasan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei dan Dr Siti Mariah Mahmud.



Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival tersebut berlangsung adalah gerai - gerai jualan pelbagai jenis barang - barangan serta buku dan kitab agama dan sebagainya.YAB Tan Sri Dato Menteri Besar telah diberikan penghormatan untuk melancarkan dan merasmikan sistem aduan sms Masjid Baitul Mahabbah yang mana memudahkan para jamaah untuk berkuminikasi dengan pihak pengurusan masjid.YAB Tan Sri Dato' Menteri Besar juga turut meluangkan masa untuk melawat dan meninjau hampir kesemua gerai yang menjalankan perniagaan serta beramah mesra dengan orang ramai.


Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah di sambut oleh pelajar - pelajar sekolah rendah agama masjid proton sambil di iringi oleh Adun Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei dan pengurusi Masjid Baitul Mahabbah







Ahli jawatankuasa Masjid serta Ahli Jawatankuasa perlaksanaan karnival bergambar bersama - sama YB Shuhaimi Hj Shafiei dan YB Dr Siti Mariah Mahmud.






Shuhaimi Hj Shafie ditemani oleh puan Rohzaina melawat ke gerai yang mengambil bahagian pada karnival tersebut.


YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim telah mencuba sistem sms yang digunakan oleh Masjid Baitul Mahabbah sambil diperhatikan oleh YB Suhaimi Hj Shafiei dan YB Dr Siti Mariah Mahmud serta orang ramai yang hadir.














No comments: