Friday, March 19, 2010

Ahmad Awang: Ada 'nur' pada Mohsin


Abdul Rahim Sabri
Mac 19, 10
7:23pm
Sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadapnya telah mula menampakkan sedikit “cahaya perubahan”.

"Pengumuman beliau (setakat ini) tidak menyertai mana-mana parti dan tidak mahu menyertai Umno, saya rasa ada kelihatan sedikit cahaya (perubahan). Kita berharap-harap dia sedang berfikir," kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri).

Ahmad diminta mengulas majlis solat hajat terhadap Mohsin - yang didakwa mengkhianati perjuangan - yang dianjurkannya di beberapa masjid dan surau sejak Sabtu lalu, yang memasuki malam terakhir hari ini.

Beliau juga sebelum ini memberikan tempoh tujuh hari untuk wakil rakyat itu mengosongkan kerusi parlimen tersebut. Bagaimanapun, selepas tamat tarikh akhir tersebut, Mohsin (kanan) terus 'hilang' kerana “bimbangkan keselamatan” dirinya.

Bercakap dengan Malaysiakini petang ini, Ahmad berharap Mohsin dapat bertemu dengan pengundi dan meyakinkan mereka berhubung tindakannya keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

"Kalau beliau tidak beri penjelasan maka bertambah susah untuk beliau berkhidmat kepada rakyat. Jika tidak turun dan berhadapan dengan rakyat, (sudah tentu) beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau. Itu lagi berat," katanya.

Mengulas mengenai majlis solat hajat pada malam ini, Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS berkata ia dijadualkan berlangsung di Masjid Tinggi di Kampung Masjid Tinggi, dalam kawasan Bagan Serai.

Katany
a, majlis tersebut akan diimami oleh seorang pemimpin PAS Bagan Serai, Abdul Halim Taib, selepas solat Isyak malam ini.

Sebelum ini sembahyang sunat itu dilaporkan telah diadakan di pelbagai tempat, termasuk Balai Kuliah Tasawwur Islam, di Semanggol, diikuti di markas dan surau-surau dalam kawasan parlimen Bagan Serai.

Ahmad menambah, lebih kurang 10 buah surau termasuk masjid di Bagan Serai yang telah terlibat, melibatkan sekurang-kurangnya seribu orang. Solat itu juga, tambahnya, dilakukan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Jadi tiap-tiap hari (sejak Sabtu lalu) saya buat sembahyang hajat. Jadi tidak putus (berhenti). Jadi kalau dikumpulkan semuanya, tidak kurang daripada 1,000 jemaah," katanya.


NOTA: Petikan Malaysiakini

No comments: