Tuesday, March 9, 2010

SOKONGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT SEMAKIN KUKUH DAN JITU.

SRI MUDA - Walaupun didalam situasi yang begitu sukar untuk menyampaikan maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat bawahan kerana sekatan serta media yang kawal oleh pihak pusat tidak mematahkan serta melunturkan semangat perjuang dari Pakatan Rakyat.Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat Di lima buah Negeri yang ditentukan oleh Rakyat dalam pilihanraya pada mac 2008 dua tahun lalu pihak lawan telah mengunakan segala ruangan yang ada untuk menjatuhkan dan merampas kembali negeri - negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral sekali pun.

Namun rakyat semakin bijak untuk menilai dan menghakimi segala kecurangan serta kebejatan pemerintahan yang terdahulu kerana dalam jangkamasa yang begitu panjang diberikan mandat oleh rakyat akhirnya kesabaran selama 50 tahun sudah berakhir.Pakatan Rakyat yang diberikan mandat oleh majoriti rakyat untuk memerintah dibeberapa buah negeri akan memberikan yang terbaik kepada semua golongan rakyat tanpa mengambil kira kira latar belakang fahaman politik , agama seerta bangsa kerana kesemuanya berhak untuk menikmatinya.Pada majlis ceramah yang berlangsung baru - baru ini kesemua ahli penal yang di undang sepakat menyatakan kesungguhan mereka untuk terus berjuang demi mempertahankan prinsip asas perjuangan biar pun hadir dari latar belakang politik yang berlainan.

Majlis yang berlangsung di Kampung Lombong menyemarakkan lagi api semangat perjuangan kepada semua pemimpin serta ahli parti dari Pakatan Rakyat kerana didalam hujan yang turun kehadiran orang ramai tetap mengalakkan kerana hampir 1000 orang yang hadir pada malam tersebut.Kalau 10 tahun yang lalu agak sukar untuk pakatan Rakyat mengajurkan sebarang prograsm namun akan tetapi situasi kini telah berubah bila mana beberapa tokoh pemimpin setempat yang dulunya bersama BN kini telah menjadi pengerak utama kepada Parti keADILan Rakyat serta Parti Islam Semalaysia (PAS).Selepas ini Pakatan Rakyat akan meneruskan program - program penerangan kerana rakyat perlu mendapatkan maklumat yang tepat kerana piahk lawan sering memutar belitkan apa juga isu dengan tujuan untuk memburuk - burukkan Pakatan Rakyat di kacamata rakyat.




No comments: