Tuesday, March 23, 2010

" SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH PERINGKAT TAMAN SETIA KLANG"



SRI MUDA- Bersempena dengan Maulidur Rasul yang di sambut baru - baru ini oleh umat Islam diseluruh dunia pelbagai majlis serta program telah dilangsungkan untuk melahirkan kecintaan umat Islam kepada junjunggan mulia Nabi Muhammad SAW.Antara yang sering di anjurkan adalah majlis ceramah agama serta perarakkan serta perbarisan yang melibatkan semua peringkat usia untuk memupuk semangat serta membina jati diri umat Islam agar dapat menteladani keperibadian Rasullah.

Turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah Persatuan Penduduk Taman Setia Jalan Johan Setia Klang.Majlis pada hari tersebut dihadiri hampir 1500 orang penduduk setempat sedari kanak - kanak sehinggalah yang dewasa kerana orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk berarak bersama - sama pemimpin mereka.Antara teetamu yang hadir pada hari tersebut adalah YB Shuhaimi Hj Shafiei,YB Puan Dr Siti Mariah Mahmud , Encik Norhalim Sirome serta pemimpin setempat.Kesemua pemimpin yang hadir sepakat melahirkan rasa bangga di atas usaha yang telah dijayakan oleh persatuan penduduk serta semua warga penduduk kerana telah berjaya menghimpunkan ribuan orang ramai untuk hadir turut serta pada majlis tersebut.

Shuhaimi Hj Shafiei,Dr Siti Mariah Mahmud dan Norhalim Sirome ketika mengetuai perarakan menuju ke tapak program berlangsung


Golonggan kanak - kanak serta yang dewasa tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermesra dengan pemimpin yang hadir di majlis tersebut.
Sebahagian orang ramai yang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Setia



Shuhaimi Hj Shafiei & Norhalim Sirome merakamkan foto kenang - kenangan bersama - sama Ahlijawatankuasa Surau Taman Setia


No comments: