Friday, March 19, 2010

Ilmuan di saran jangan 'menikus' - Dr Syad Husin Ali

Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dibidas oleh bekas presidennya Syed Husin Ali kerana bersikap menikus dalam menyatakan pandangan mereka kerana bimbang 'melukakan (perasaan) kerajaan.'

Syed Husin yang juga timbalan presiden PKR berkata beliau berasa "hilang ghairah" dengan ilmuwan yang kurang berhubung dengan masyarakat dan menahan diri daripada memberikan analisis kritikal.

"Ini sikap yang sangat salah, ia mencerminkan ketakutan psikologi. Sekarang terlalu banyak ketakutan dan kawalan; (oleh) polis, media, mahkamah, pelajar, pekerja dan juga ahli akademik," katanya ketika menutup Persidangan Pengajian Malaysia (MSC) ketujuh di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Syed Husin, yang juga senator Dewan Negara selama tiga penggal, berkata demikian dengan merujuk kepada seorang pembentang kertas kerja di persidangan tersebut.

Menurutnya, peserta berkenaan tidak berani mengulas lebih jauh daripada topik yang dibentangkannya kerana bimbang melukai perasaan kerajaan.

Kebebasan akademik dalam negara ini dikawal melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971) yang menetapkan supaya mahasiswa, pensyarah dan kakitangan pentadbiran menandatangani dokumen 'Aku Janji.'

Kekangan ini menyebabkan beberapa orang pelajar dan pensyarah menghadapi tindakan disiplin kerana mengambil bahagian dalam aktiviti yang didakwa berciri politik.

Malaysiakini

No comments: