Shuhaimi Hj Shafiei serta rombongan telah disambut oleh ketua editor Sinar Harian yang mana telah memberikan penerangan berkaitan operasi pengeluaran serta pentadbiran Syarikat karangkraf Sdn Bhd yang mana mengeluarkan pelbagai majalah untuk semua golonggan masyarakat.Di sesi penghujung lawatan Shuhaimi Hj Shafiei serta kakitangan yang hadir telah diraikan dalam satu jamuan ringkas oleh Pengarah Urusan ( CEO ) Karangkraf Sdn Bhd Ybhg Dato' Hussamuddin Yaacub yang telah meluangkan masa hampir 30 minit.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan rasa terharu serta ucapan terima kasih kepada kakitangan Karangkraf di semua peringkat dengan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau bergelar Wakil Rakyat.Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar jalinan kerjasama antara beliau dengan pihak media terutamanya dari Karangkraf dapat di eratkan lagi demi kebaikan bersama kerana media adalah salah satu saluran yang terpenting untuk menyalurkan maklumat yang telus dan tepat kepada rakyat.

No comments:
Post a Comment