Monday, February 15, 2010

Lawatan Ke USM Melihat Cara Membuat Tempat Tadahan Banjir

Pada 9 Februari 2010, YB Dr Xavier Jayakumar telah membuat lawatan kerja ke Fakulti Kejuruteraan,Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat sendiri cara membuat tempat tadahan banjir ataupun retention pond.Ini adalah usaha yang dilakukan oleh Dr Xavier dan Kerajaan Negeri Selangor bagi membina tempat tadahan banjir di bebarapa kawasan di dalam DUN Sri Andalas, terutamanya kawasan yang selalu dilanda banjir seperti Taman Sentosa.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Bin Hj Shafiei, pegawai-pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Ahli-ahli
Majlis Perbandaran Klang, Ketua-ketua kampung,dan beberapa Ahli Jawatankuasa Cabang Kota Raja.



No comments: