Thursday, February 25, 2010

PENDUDUK JALAN KEBUN BAKAL MENGHEMBUSKAN NAFAS LEGA....

SRI MUDA - Pemimpin silih berganti namun akan tetapi delima penduduk yang mengunakan laluan sepanjang Jalan Kampung Lombong Jalan Kebun yang berkongsi dengan lori pengangkut pasir tidak menemui penyelesaiaan yang muktamat hampir 23 tahun lamanya.Namun delima yang dihadapi oleh penduduk hampir pasti akan menemui notah penamatnya apa bila satu jalan alternatif baru yang dikhaskan untuk laluan lori - lori pengangkut pasir dan tanah sedang dalam pembinaan.

Shuhaimi Hj Shafiei berkesempatan melakukan tinjauan dan lawatan ke tapak pembinaan laluan yang bakal digunakan oleh semua lori pengangkut pasir nanti.Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil dari pejabat Jabatan Kerja Raya cawangan Klang serta AJK JKKK Kampung Jalan Kebun, ketua Kampung Tuan Hj Salehan Hj Tahir.Shuhaimi Hj Shafiei berharap agar dengan pembinaan laluan baru ini nanti akan memberikan keselesaan kepada penduduk yang telah bersabar terlalu lama berkongsi dengan lori - lori pengangkut pasi selain mutu jalan yang terlalu teruk.Jabatan kerja Raya diharapkan agar dapat membaiki serta menaik taraf jalan sepanjang Jalan Kampung Lombong kerana sepanjang laluan itu digunakan untuk kerja - kerja mengangkut pasir ia tidak pernah dibaiki dan diturap.











No comments: