IKRAM Subang Jaya rai 120 anak yatim
SUBANG JAYA - Satu majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama anak yatim dan fakir miskin telah diadakan di Surau Baiturrahman, SS9 Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2010, jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Majlis ini adalah anjuran bersama Surau Baiturrahman, IKRAM Subang Jaya dan JKP Zon 7.
Program yang julung-julung kalinya dijayakan bersama masyarakat sekitar Subang Jaya ini berlangsung dengan penuh meriah dan mahabbah. Seramai 120 orang anak-anak yatim dan keluarga miskin atau fakir telah menerima sumbangan berupa wang RM200 dan keperluan dapur.
Antara tetamu khas yang turut hadir adalah YB Dr Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja), YB Shuhaimi (ADUN Sri Muda), Ahli Majlis MPSJ (Pengerusi JKP Zon 7) Saudara Jaberi Ami, Nazir Majid Bukit Lanchung (nazir kepada 5 surau di sekitarnya) dan beberapa wakil surau-surau serta penduduk kariah. Ustaz Hajar Opir selaku YDP IKRAM Subang Jaya dalam ucapannya telah memperkenalkan secara rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia yang sifatnya sebagai wadah tarbiah, dakwah dan kebajikan.
Melalui program ini, IKRAM Subang Jaya telah dapat membina kerjasama strategik dengan pihak-pihak yang tersebut. Terdapat juga permintaan untuk mengadakan program yang sama di Surau Ar-Raudhah dan juga perancangan program lanjutan dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment