Loading...

Tuesday, September 28, 2010

Kekecohan Pemilihan PKR Didalangi Oleh Bukan Anggota - Shuhaimi



Written by FoN on Monday, 27 September 2010 20:19

SHAH ALAM 27 Sept - Kekecohan ketika pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat kawasan di Selangor semalam didakwa dicetuskan oleh kumpulan yang bukan anggota parti itu.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

"Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Isnin.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Katanya Jawatankuasa Khas Pemilihan PKR akan menyiasat kejadian tersebut.

Sumber : BERNAMA

No comments: