Thursday, September 30, 2010

Keputusan Cabang Kota Raja: Xavier, Shuhaimi Menang

SHAH ALAM 30 SEPT: Exco Selangor, Dr Xavier Jeyakumar mengekalkan kerusi Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie menang dalam persaingan jawatan timbalan ketua cabang.

Keputusan itu diisytihar Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin selepas pengiraan semula dibuat yang mengambil masa lebih 24 jam.

Xavier - Adun Sri Andalas mencatat majoriti 768 undi, mengatasi pencabar terdekat, S Kottapan yang memperoleh 151 manakala Shuhaimi yang mempertahankan jawatan, menerima 854 undi berbanding Shaari Abdul Malek (142 undi).

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, polis sedang menyiasat masalah pada proses pemilihan Cabang PKR Kota Raja, Ahad lalu berikutan pihak berkuasa itu menerima enam laporan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis membuka kertas siasatan dan dalam proses mengambil keterangan Xavier dan Kottapan.

Dalam pada itu, Xavier percaya kenyataan Kotappan dalam media tempatan yang menyalahkan beliau berikutan masalah pada hari pemilihan, dibuat mungkin berikutan tidak berpuas hati kerana kalah dengan perbezaan lebih 700 undi.

Sehubungan itu, beliau mahu berunding dengan peguamnya sebelum mengambil tindakan lanjut.

Petikan: TV Selangor

Wednesday, September 29, 2010

Muhyiddin cabar PKR namakan siapa sabotaj AGM cabang

September 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya membuktikan dakwaannya bahawa pihak luaran telah mensabotaj pemilihan beberapa cabang parti itu kelmarin.

“Jika mereka ada isu atau masalah, mereka sendiri perlu memikul tanggungjawab... jangan menyalahkan orang lain.

“Itu adalah masalah mereka,” kata timbalan perdana menteri di sini hari ini.

“Saya mencabar Saifuddin agar memberikan bukti. Beritahu kami siapa dan di mana. Jika orang luar bermaksud kami (Barisan Nasional),” kata beliau.

Ditemui wartawan semalam, Saifuddin berkata kekecohan yang berlaku pada mesyuarat agung dan proses pemilihan peringkat cabang PKR di beberapa lokasi kelmarin terpaksa ditangguhkan kerana beberapa isu termasuk kerosakan kotak undi oleh orang luar.

Saifuddin berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.

“Melalui rakaman foto, petugas kami mengesahkan individu yang dikenal pasti bukan ahli parti, cuba mencemarkan imej PKR.

“Kami boleh mengesahkan wujudnya elemen provokasi kerana apa yang berlaku sama sahaja caranya iaitu kotak undi dipecahkan, kertas undi diselerakkan dan selepas itu mereka beredar,” katanya.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie pula mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

“Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan,” katanya.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi pendiriannya bahawa masalah yang dihadapi PKR dalam mengendalikan pemilihan adalah bukti parti itu tidak melakukan apa yang dikatakan khususnya apabila bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan demokrasi.

“Apabila saya membaca kenyataan-kenyataan oleh calon-calon yang disekat dan kenyataan panjang lebar Zaid Ibrahim di Utusan, adalah jelas, walaupun mereka berjuang untuk keadilan, tetapi mereka adalah parti yang tidak adil,” kata beliau lagi.

“Mereka melarang, mereka menghalang. Mereka tidak memberi kebebasan (kepada calon),” kata Muhyiddin sambil menambah, parti komponen Pakatan Rakyat ini dikawal oleh dua atau tiga puak.

Tuesday, September 28, 2010

MB Rancang Pelan Tiga Tahun Selangor

PETALING JAYA 28 SEPT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak rakyat untuk bersama-sama dengan kerajaan Pakatan Rakyat meneraju masa depan dengan memberi tumpuan keatas pelan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Khalid berkata, beliau akan mengumumkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang sedang dirangka oleh Pakatan Rakyat bagi meneruskan agenda pentadbiran di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Dalam teks ucapannya, Khalid menekankan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil ringan aspek kebertanggungjawaban awam, pentadbiran, bandar mampan dan pendekatan khusus kepada rakyat dalam melaksanakan dasar perubahan.

"Walaupun kita (Pakatan Rakyat) tidak mengawal polisi ekonomi negara namun kita tetap berusaha memperbaiki kehidupan rakyat dengan melancarkan program mikro-kredit yang lebih menguntungkan rakyat.

" Ini termasuk dana yang disumbangkan kepada Sekolah Agama Rakyat, guru-guru Kafa, sekolah Tamil dan Cina yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu," kata Khalid pada sidang media selepas melancarkan buku "The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor" di Petaling Jaya, malam tadi.

Khalid turut menyeru agar kerajaan Umno-Barisan Nasional lebih matang mengambil kira pandangan rakyat.

Beliau juga turut mengulas penangkapan kartunis Zulkifly Anwar Ul-Haque atau Zunar baru-baru ini mencerminkan corak diktator yang diamalkan kerajaan Umno-BN.

Tambah beliau, pembaharuan dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bagi mengubah pola pemikiran masyarakat yang telah dikongkong oleh kerajaan terdahulu kepada konsep ketelusan dan keterbukaan.

"Anjakan pradigma tidak boleh berlaku dalam sekelip mata namun saya yakin dengan pendekatan baru kerajaan Pakatan, rakyat dapat memahami falsafah baru yang cuba diterapkan disebalik polisi dan program yang dilaksanakan.

"Tetapi saya menganggap sebagai kemenangan sekiranya berjaya meyakinkan penjawat awam dengan nilai pengaturcaraan berpusat yang dilaksanakan kerajaan Pakatan selama ini."

Antara kandungan yang dimuatkan dalam kandungan buku berkenaan ialah dasar-dasar utama dan pengaturcaraaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat termasuk melaksanakan polisi kebajikan masyarakat di bawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan SELCAT.

Turut ditulis mengenai pengalaman dasar perubahan Selangor sejak mengambilalih kerajaan selepas Pilihanraya Mac 2008 selain empat aspek utama teras perubahan - politik, ekonomi, sosial dan budaya.

Khalid menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat bukan untuk memenuhi setiap kemahuan rakyat sebaliknya visi transformasi dan pembaharuan kearah kehidupan lebih berkualiti menjadi fokus utama.

(Hadri Yaziz)

Selangorkini

YB Melawat Ketua Kampong Jln Kebun

Sebagai ADUN yang prihatin, YB Shuhaimi juga membuat lawatan berkala ke rumah-rumah ketua-ketua kampong dalam kawasan. Begitu uga dengan rumah manta Ketua Kampung.

Pada 23/09/2010, YB telah melawat rumah Ketua Kampong Jalan Kebun untuk mengambil-tahu perkembangan sekitar kampong ini.



Kekecohan Pemilihan PKR Didalangi Oleh Bukan Anggota - Shuhaimi



Written by FoN on Monday, 27 September 2010 20:19

SHAH ALAM 27 Sept - Kekecohan ketika pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat kawasan di Selangor semalam didakwa dicetuskan oleh kumpulan yang bukan anggota parti itu.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

"Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Isnin.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Katanya Jawatankuasa Khas Pemilihan PKR akan menyiasat kejadian tersebut.

Sumber : BERNAMA

Monday, September 27, 2010

Konsep gerai tarik 3000 tetamu ke rumah terbuka
Harakahdaily

KOTA RAJA, 27 Sept: Kelainan konsep yang ditonjolkan di rumah terbuka Aidil Fitri Dewan Pemuda PAS Kota Raja semalam menarik lebih 3000 tetamu membanjirinya.

Dengan konsep mewujudkan gerai-gerai kecil bagi setiap cawangan dan dewan-dewan mampu mempelbagaikan menu hidangan dan membuat pengunjung rambang mata untuk menjamu selera.

Antara menu utama yang disediakan termasuklah nasi ulam, gulai kambing, aneka sup, sate, cendol, lemang, buah-buahan tempatan, roti canai, rendang ayam dan pelbagai jenis minuman.

Turut hadir ke majlis itu Ahli Parlimennya Dr Siti Mariah Mahmud bersama suami dan Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie.

PAS kawasan juga turut menyediakan 1000 sampul duit raya untuk kanak-kanak yang hadir.

Menurut Naib Yang di Pertua PAS yang juga Pengarah program sambutan raya 2010, Hj Tarmizi Ismail, program kali ini lebih meriah dengan dengan adanya konsep baru yang menarik minat pengunjung.

Selain meraikan hari raya, program tersebut juga jelasnya sebagai medan mendekatkan PAS Kota Raja dengan masyarakat setempat yang hadir.

27 September, 2010 20:00 PM

Kekecohan Pemilihan PKR Didalangi Oleh Bukan Anggota - Dakwa Shuhaimi

SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Kekecohan ketika pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat kawasan di Selangor semalam didakwa dicetuskan oleh kumpulan yang bukan anggota parti itu.

Anggota Majlis Pimpinan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie, mendakwa kekecohan di cabang PKR Kapar, Klang, Kuala Langat dan Kota Raja merupakan satu pelan terancang oleh kumpulan yang sengaja mahu memburukkan imej parti.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kekecohan tersebut didalangi oleh bukan anggota parti dengan niat membuat kekacauan ketika pemilihan.

"Mereka memang dikenal pasti sengaja melakukan provokasi termasuk mengganggu proses pemilihan, merampas kertas dan kotak undi serta menyerbu ke dalam dewan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Isnin.

Shuhaimi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, mendakwa kumpulan itu merancang pelan itu lebih awal dan mahu menunjukkan pemilihan PKR itu tidak telus dan tidak teratur.

Katanya Jawatankuasa Khas Pemilihan PKR akan menyiasat kejadian tersebut.

-- BERNAMA

September 27, 2010 20:10 PM

Meetings At Seven PKR Divisions Postponed Due To Vandalism, Technical Issues

PETALING JAYA, Sept 27 (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) has postponed the meetings of seven party divisions due to technical reasons and vandalism, secretary general Saifuddin Nasution said.

He said meetings for PKR divisions in Klang, Kapar and Kuala Langat had to be postponed after ballot boxes were broken and ballot papers were found scattered on the floor.

Speaking to reporters at the PKR headquarters, here, he said meetings at the Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok and Kuala Nerus branches were postponed due to technical reasons.

He said chaos at the meetings were the work of groups wanted to stir trouble and tarnish the party's image.

"Besides, there's an extraordinary enthusiasm among party members to take part actively in the party's election process in which a direct election system is introduced for the first time," he added.

Saifuddin said the central selection committee was now scrutinising reports of the incidents provided by teams supervising the elections.

He said from Sept 17 until Sunday, 96 per cent or 159 of the 166 divisions had held their annual general meetings and elections.

Meanwhile a Selangor PKR leader, Shuhaimi Shafie, claimed that the commotions at several PKR division meetings on Sunday were "an organised plan" by groups out to tarnish the party's image.

He told Bernama in Shah Alam that based on initial report, the commotions in Kapar, Klang, Kuala Langat and Kota Raja were not caused by party members.

"They deliberately provoked the members and disturbed the election process," he said, adding that the actions were premeditated.

-- BERNAMA

Friday, September 24, 2010

Isnin, 2010 September 20

KONVENSYEN CPA DI NAIROBI, KENYA






Satu Konvensyen CPA ( Commonwealth Parliamentary Association ) telah di adakan di Nairobi, Kenya mulai dari 12 hb September hingga 20 hb September 2010.

Wakil dari Negeri Selangor merupakan jumlah perwakilan yang terbesar dari Malaysia iaitu seramai 8 orang anggota dan setiap dari mereka menghadiri setiap program yang telah di atur dan menganbil bahagian dalam setiap bengkel atau workshop yang di anjurkan oleh pihak penganjur.

Speaker Negeri Selangor Darul Ehsan, YB Tuan Teng Chang Kim mengetuai rombongan cabang CPA Negeri Selangor. Yang turut serta ialah YB Ng Suee Lim, YB Dr Hj Abd Rani, YB Gan Pei Ni, YB Shuhaimi, YB Lee Sim Kin, Puan Siti Salbiah dan Puan So.

Wakil-wakil dari Sabah, Kelantan, Trengganu, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak turut hadir dalam konvensyen yang julung-julung kali di adakan di Kenya tersebut.

Banyak isu-isu global dan kritikal yang di perbincangkan dan di bahaskan secara terbuka dan wakil-wakil rakyat dari Negeri Selangor ramai yang memberikan pendapat dan ulasan yang memuaskan banyak pihak pada persidangan tersebut.

Artikel ini di sumbang oleh:

Sunday, September 19, 2010

Rencana Khas: Antara Ketokohan Azmin, Prinsip Zaid

PETALING JAYA: Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, dua nama ini kini menjadi sebutan untuk merebut kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang akan bermula pada 17 September hingga 21 November ini.

Saingan dua penjuru untuk merebut jawatan nombor dua parti itu dilihat semakin terbuka apabila penyandangnya, Senator Dr Syed Husin Ali awal-awal lagi mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pemilihan parti itu nanti.

Biarpun Zaid belum lagi menyatakan persetujuan secara rasmi untuk merebut jawatan nombor dua dalam PKR namun beliau dilihat seteru paling dekat untuk Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak yang telah mengumumkan pendiriannya di Kota Kinabalu pada Khamis.

Lebih menghangatkan suasanan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan pendirian bahawa beliau tidak menerima sebarang pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden daripada mana-mana cabang yang akan mula bermesyuarat hari ini untuk sebarang jawatan dalam parti.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau mahu pemilihan kali ini berlangsung dalam suasana persaingan yang sihat dan semua calon yang bertanding perlu mematuhi etika dan tidak perlu mendakwa mereka mendapat restu daripadanya, katanya dalam laman blognya, http://anwaribrahimblog.com baru-baru ini.

Persoalannya siapakah yang bakal memenangi saingan dua penjuru itu nanti? Berdasarkan sumber dalaman PKR dan populariti, Azmin dilihat meninggalkan jauh Zaid yang masih mentah dalam parti pembangkang itu.

Bagi ahli PKR itu lagi, Azmin yang juga Naib Presiden parti ketika ini dilihat lebih layak dan mempunyai kredibiliti untuk memegang jawatan nombor dua berkenaan.

Sebagai orang kanan Anwar sejak dulu lagi selain sehinggalah PKR ditubuhkan sampai ke hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sentiasa dekat dengan bosnya itu.

Sikap Anwar yang melebihkan Azmin berbanding Zaid dalam isu-isu tertentu meletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berada di kedudukan nombor dua di belakang Azmin.

Bukan itu sahaja, sebelum pemilihan cabang PKR bermula, sudah kedengaran Azmin menerima sokongan daripada 13 wakil rakyat parti berkenaan.

Mereka merupakan ADUN PKR dari Selangor dan Negeri Sembilan mengumumkan untuk tidak menyokong Zaid.

Pendirian itu diumumkan ADUN Kota Anggerik merangkap Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Yaakop Sapari bersama-sama 12 lagi ADUN antaranya Dr. Xavier Jayakumar (Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Shuhaimi Shafie (Seri Muda), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Haniza Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nei (Rawang).

Turut menolak Zaid ialah empat ADUN dari Negeri Sembilan iaitu Amirudin Harun yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Rashid Latif (Ampangan), Ravi Munusamy (Port Dickson) serta Chai Tong Chai (Lukut).

Kesemua mereka sebaliknya memberikan sokongan kepada Azmin.

Kenyataan kesemua wakil rakyat itu berkenaan dilihat sebagai titik tolak yang bakal menentukan nasib Zaid dalam PKR.

Bukan itu sahaja, bekas peguam kontroversi itu sendiri awal-awal lagi ibarat sudah mengangkat bendera putih kerana dia meramalkan bakal menerima nasib yang sama seperti Tun Ghafar Baba yang terpaksa menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993 kerana tidak cukup pencalonan.

Mungkin Zaid perlu mengukur baju di badan sendiri, kerana baru setahun jagung beliau menyertai PKR mengapa dia mahu segera menggapai cita-cita politiknya dengan mahukan kerusi nombor dua dalam parti yang dikatakan mengamalkan demokrasi dan kebebasan penuh kepada ahlinya.

Mungkin juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Baru ini lupa siapa Azmin di mata Anwar? Hubungan istimewa Azmin dan Anwar memang tidak perlu diperkatakan lagi, mereka telah bekerjasama ketika era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

Azmin ketika itu memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Anwar yang banyak memegang rahsia dan selok-belok permainan politik pemimpin de facto PKR itu hinggalah Anwar dipecat daripada jawatan nombor dua negara dan disumbat ke dalam penjara, Azmin tetap setia kepadanya.

Persoalannya, mampukah Anwar mengetepikan Azmin selepas segala pengorbananan yang telah dicurahkan oleh Azmin kepada bosnya itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, Zaid merupakan pemimpin yang gelojoh untuk mengukuhkan kedudukannya dalam PKR, tanpa mengkaji dan meneliti struktur dalaman parti itu sendiri.

“Di sinilah silap Zaid, dia terlalu gopoh untuk menggapai cita-cita politik dan merebut jawatan Timbalan Presiden tanpa mengenal pasti kedudukan dia dalam PKR terlebih dahulu.

“Bertanding jawatan nombor dua dalam PKR menentang Azmin ibarat Zaid menguburkan karier politiknya sendiri,” katanya kepada mStar Online. Menurut Ahmad Nidzamuddin, tindakan bekas peguam itu ibarat menjerat dirinya sendiri kerana kedudukan Azmin di mata Anwar ibarat anak emas sedangkan Zaid hanyalah ‘melukut di tepi gantang’.

“Zaid wajar berfikir dua kali sebelum dia menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan nombor dua dalam PKR.

“Jika tidak dia akan kecewa dengan keputusan pemilihan kerana ia sudah pasti akan mengecewakannya,” katanya.

Namun pensyarah Pusat Pengajian Politik, Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia ini berkata, kredibiliti Zaid tidak boleh ditolak ketepi sama sekali kerana ada pemimpin kanan DAP yang memberi sokongan kepadanya.

“Namun jangan memandang rendah keupayaan Zaid. Di sini dia ada kelebihan kerana ada dikalangan pemimpin DAP menyukainya.

“Zaid dilihat sebagai pemimpin yang berprinsip tanpa memikirkan kedudukannya kerana dia sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri di JPM dan meninggalkan Umno dua tahun lalu,” ujarnya.

Apa pun, analisis yang dibuat keputusan untuk memilih pemimpin nombor dua PKR itu terletak ditangan lebih 400,000 ahli parti yang layak mengundi pada pemilihan kali ini.

Saturday, September 18, 2010

Kenyataan Media bakal Timbalan Presiden Keadilan.

http://lh6.ggpht.com/_3L7O4_DllP4/SpL5EnUZlVI/AAAAAAAACaM/uz_pGR3dhw8/s800/DSC00717.JPG

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah mengorak langkah memberi takrif baru demokrasi dalam usia yang begitu muda di persada politik negara.

Pemilihan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat 2010 merupakan usaha pemerkasaan demokrasi dalam sejarah politik Malaysia melalui pemilihan langsung yang digalas oleh anggota-anggota parti dan sekaligus menjadikan KEADILAN sebuah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Namun pembaharuan ini juga membuka cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi dengan bijaksana dan bertanggungjawab.

Selaku anggota muda parti yang jatuh dan bangun bersama perjuangan lebih sedekad yang lalu, dan menjunjung semangat berpasukan di dalam parti, saya mengambil maklum pengumuman Ketua Umum untuk tidak menerima pencalonan bagi jawatan parti untuk menumpukan tenaga beliau bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengulangi ikrar sokongan padu kepada kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Ismail selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Saya juga menghayati kenyataan Dr. Syed Husin Ali yang mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih serta rasa hormat saya kepada Dr. Syed Husin Ali di atas sumbangan dan perjuangan beliau yang berterusan dalam mempertahankan prinsip keadilan dan hak rakyat.

Dr. Syed Husin Ali beristiqamah dalam perjuangan. Sifat istiqamah beliau akan terus menjadi inspirasi kepada anggota-anggota parti dalam meneruskan perjuangan ini.

Teras prinsip perjuangan beliau yang menggariskan kriteria contoh pemimpin parti seperti kesetiaan kepada perjuangan, patuh pada disiplin parti, tuntas menentang rasuah serta menegakkan nilai-nilai moral yang tinggi seharusnya menjadi pegangan seluruh anggota parti.

Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali; saya dengan penuh rasa tawadhu’ dan rendah hati ingin menawarkan khidmat saya sebagai Timbalan Presiden.

Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi.

Saya turut berazam untuk memastikan Pemilihan Kepimpinan 2010 berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, saya berikrar untuk bersama-sama dengan anggota-anggota parti dan rakyat di Sabah dan Sarawak untuk menjana perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke 13 demi kesejahteraan rakyat selaras dengan Permahsyuran Persekutuan Malaysia 47 tahun yang lalu, yang menjanjikan keadilan serta pembelaan maruah dan harga diri setiap warganegara tidak kira kaum mahupun agama.

MOHAMED AZMIN ALI

Tuesday, September 14, 2010

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA SAMUN DAN BUNUH

KOTA KEMUNING - Masa yang terluang dihujung minggu sering dipenuhi dengan aktiviti memancing seperti kebiasaannya oleh seorang jurutera muda bapa kepada seorang anak kecil yang baru berusia 2 tahun bertukar mimpi buruk apabila sehingga lewat malam tidak pulang ke rumah .Laporan polis telah dibuat di sebuah Balai Polis dengan tujuan menjaga keselamatan namun akan tetapi setelah 3 hari penantian segala persoalan terjawap apabila jurutera tersebut menjadi mangsa culik,samun dan bunuh.Kejadian tersebut amat sukar diterima oleh ahli keluarga terutamanya isteri mangsa yang tetap berpendapat suami beliau tetap akan pulang dengan selamat selagi tiada bukti yang dapat mengesahkan kejadian tersebut.Namun akan tetapi penemuan sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa disebuah kebun getah telah merungkai segala persoalan yang timbul bilamana setelah bedah siasat dilakukan telah mengesahan mayat tersebut adalah jurutera yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarga tersebut.
YB Shuhaimi Hj Shafiei telah berusaha membantu segala yang termampu kepada ahli keluarga jurutera tersebut sepanjang mangsa dilaporkan hilang sehinggalah mangsa ditemui dan hadir ke hospital ketika bedah siasat dijalan.Shuhaimi Hj Shafiei dengan tujuan untuk memeberikan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa serta menyalurkan bantuan yang termampu untuk meringgan bebanan yang terpaksa dipikul oleh keluarga mangsa.














MENGHADIRI MAJLIS MESRA PELANGGAN PETRONAS KOTA KEMUNING "SATU"

KOTA KEMUNING - YB Shuhaimi Hj Shafiei telah menghadiri sRU PROGRAM untuk turut serta dalam satu majlis Mesra Pelanggan yang telah dianjurkan oleh pemilik station Petronas Kota Kemuning 1.Majlis yang bertujuan untuk meraihkan para pelanggan setia sekitar Kota Kemuning yang telah menjadikan station tersebut pilih utama semenjak memulakan operasi 5 tahun yang lalu.Pada majlis tersebut pelbagai acara - acara menarik telah disediakan kepada orang ramai yang hadir antaranya adalah sepak bola penalti dan bola jaring.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah diberikan penghormatan untuk merasmikan acara sepak bola penalti yang mana bwliau telah berjaya menjaringkan 2 gol daripada 3 percubaan yang dibuat.Turut serta dimajlis tersebut adalah Tuan Tan Ah Kaw selaku pengurusi MPP Zon 12 serta pegawai - pegawai atasan petronas.





Pemilik Station Petronas Kota Kemuning 1, Tuan Jamal menyampaikan cenderahati kepada YB Shuhaimi

YB Shuhaimi Hj Shafiei tidak ketinggalan mempamerkan bakat dengan melakukan sepakkan penalti


Pengurusi MPP Zon 12, Tuan Tan Ah Kaw turut serta melakukan sepakkan pada hari tersebut

Sunday, September 12, 2010

Zaid bukan Tun Ghafar kedua

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dinasihatkan tidak cepat melatah dan risau berhubung ancaman diterima daripada pihak tertentu yang mendakwa beliau bakal menerima nasib serupa Tun Ghafar Baba jika bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, Zaid masih berupaya untuk menyumbang kepada parti dan keputusan sama ada kalah atau menang terletak di dalam genggaman anggota parti.

“Menang atau kalah itu soal kedua. Yang kalah, belum tentu kalah dan yang menang belum tentu menang. Beliau tidak perlu risau kerana beliau tidak akan jadi Tun Ghafar ‘kedua’.

“Kita tidak tahu latar belakang ancaman yang diterimanya. Apa yang jelas di sini, nasib diterima Tun Ghafar seperti dikuburkan dari politik kerana ketika itu beliau berada dalam UMNO, sebaliknya, Zaid sekarang berada dalam PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menyokong pendapat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, ancaman diterima Zaid sinonim dengan senario dunia politik.

“Konsep PKR adalah menyuburkan demokrasi. Jadi, sesiapa merasakan dia berkeyakinan untuk memimpin, kita sentiasa terbuka untuk menerimanya. Realitinya, dalam dunia politik ini, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

“Bagi Zaid sendiri, beliau perlu memiliki ketahanan luar biasa untuk berhadapan dengan ancaman sebegini kerana saya percaya serangan kali ini bukan berpunca daripada anggota dalaman, tetapi individu yang ‘tumpang sekaki’ dan bergabung membuat kacau,” katanya.

Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari memberitahu dalam pemilihan PKR ini, sesiapapun berhak mencadangkan atau menerima cadangan dilantik sebagai calon untuk bertanding.

“Ini adalah kali pertama PKR membuka pemilihan terus daripada rakyat dan mereka memiliki kuasa untuk memilih mana-mana ahli akar umbi untuk dijadikan sebagai anggota pimpinan parti.

“Setiap jawatan yang disandang adalah natijah daripada sokongan ahli. Yang penting sekarang ialah, setiap calon perlu meyakinkan ahli bahawa mereka berupaya untuk memimpin,” katanya.

Ditanya mengenai ancaman diterima Zaid dan sokongan daripada ADUN Selangor terhadap Naib Presiden Parti, Mohamed Azmin Ali, beliau memberitahu, ADUN Selangor melihat Azmin berpotensi untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Sebahagian besar ADUN menganggap dialah calon yang layak untuk memimpin. Jadi, kita mencadangkan nama beliau sebagai calon bagi jawatan itu,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Zaid mengeluarkan kenyataan memberitahu beliau menerima ancaman mengalami nasib sama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba selepas mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sinar Harian

PKR elections 2010 Part I: Will party elections cause a rift?

Posted by: Editorial in Politics

Tagged in: Untagged
PKRElections110910The battle lines for the Parti Keadilan Rakyat (PKR) election has been drawn with names of heavyweights thrown into the candidacy box for the intriguing Deputy President's post, deemed the main race of the much anticipated party polls.

Unlike in other party elections where the leaders are chosen by a pre-determined number of delegates, the PKR election propagate a complete democratic process with 400,000 members in 218 divisions casting their ballots to decide the leaders.

The casting of votes, to be held from September 17 to November 21, will not only be a closely monitored affair by the whole nation, it will also be of some significance to the Barisan Nasional (BN) as well.

The outcome of the elections is expected to chart the future road map of PKR, since the battle cry and alliance for candidates has already caused a rift that party insiders feel would cause irreparable damage to the party on many fronts.

The Deputy President's post, expected to be a two-horse race between incumbent Vice President Azmin Ali and Supreme Council member Datuk Zaid Ibrahim, the Bastions of the party, can cause a split within, since factions have already started to form even before the nomination process started.

Incumbent Deputy President Dr Syed Husin Ali, a veteran politician, has yet to throw his hat into the ring.

Apart from the Deputy President, the election will also see contests for five Vice Presidents and 23 Supreme Council members.

Azmin who has been riding on a wave of support from fellow Members of Parliament, State Assemblymen and Senators, even before announcing his decision to contest, is said to be aligned to PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim while Zaid may have the blessing of Anwar's wife, daughter and Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who himself has an axe to grind against Azmin.

Five Selangor PKR Assemblymen - Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Dr Xavier Jayakumar (Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (Sri Muda), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) and Amirudin Shari (Batu Caves) - announced their endorsement for Azmin.

The five claimed that Azmin deserved the post due to his seniority and the fact that he had gone through many challenges, including family betrayal throughout his political struggle.

"That does not mean we are against Datuk Zaid Ibrahim. We are supporting Azmin because he is also the Selangor PKR Chief," said Yaakob, speaking on behalf of the rest.

The relationship between Khalid and Zaid is no secret as Zaid had initially said that he would not contest if Khalid opts to contest for the number two post.

Being a newcomer, Zaid will have to first grapple with understanding the intricacies of the ‘politics' in PKR while Azmin enjoys phenomenal support from the top bras in PKR, especially so when Members of Parliament and State Assemblymen openly offered their support to him.

Zaid had replaced Azmin as the Federal Territory PKR chief earlier this year, while Azmin had replaced Khalid as the Selangor PKR chief, so the score is even for now.

The fledging party under now ‘defunct' leader Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail has grown from strength to strength with the active involvement of Anwar who played a lead role in the opposition that caused a consummate damage to the pride of the ruling coalition (BN) when it lost five states during the 2008 General Election.

A party insider said an all out battle for the number two post at this point of time was the last thing the party needed, since all the hard work and initiatives put in place after the 2008 General Election may go down the drain, if it leads to a permanent rift.

"If they can close ranks after the elections, it might not be so bad but to be honest, I do not foresee such a possibility. Much will also depend on whom Anwar picks or backs for the number two post.

"Azmin is Anwar's blue eye boy while Zaid, a prominent lawyer who heads the biggest law firm in the country or probably the region, was seen as the obvious number two choice when he first walked through the PKR door after quitting his post as a Minister in the Prime Minister's Department," he said.

He added that despite the odds stacked against Zaid who is also the Kota Baru MP, some veteran leaders in the party do have a compassionate feeling for him due to the age factor.

"Zaid is already 59 now while Azmin is only 46 and has a long way to go. Though Azmin is more senior in the party ranks, Zaid has vast experience as a minister. If he fails in his attempt this time, he may not be able to dream of being the number.

"But even if Azmin loses the contest or gives way to an elder statesman, I am sure it will not be a big loss for him because he has time on his side. Furthermore, he will earn the respect of even the elders in the party," he said.

But the question is, will Azmin swallow his pride and ambition to give way to Zaid and wait for his turn?

Wednesday, September 8, 2010

Majlis Buka Puasa Seksyen 27, Shah Alam

YB telah menghadiri majlis ini yang dianjurkan oleh Ahli Majlis MBSA Zon 10 Tuan Kamarudzaman Sanusi pada 21/08/2010 di Dewan MBSA Seksyen 27, Shah Alam.







Sokongan Azmin tanding timbalan presiden PKR meningkat

TERKINI @ 05:09:27 PM 07-09-2010
September 07, 2010
SHAH ALAM, 7 Sept — Seramai 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Selangor dan Negeri Sembilan hari ini melahirkan sokongan kepada Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding kerusi timbalan presiden parti itu kali ini.

Semalam Azmin menerima sokongan 20 Ahli Parlimen PKR.

“Kami mewakili majoriti ADUN PKR dari dua negeri ini,” kata ADUN Kota Anggerik Yaacob Sapari.

Kenyataan itu dibuat pada sidang media yang turut dihadiri Dr Xavier Jayakumar (Sri Andalas), Nik Nazmi Nik Ismail (Sri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Suhaimi Shafie (Seri Muda).

Yaacob, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata lapan wakil rakyat dari kedua-dua negeri itu tidak dapat hadir sidang media pagi.

PKR mempunyai seramai 18 wakil rakyat di Selangor dan Negeri Sembilan.

Turut memberikan sokongan terhadap Azmin ialah Rodziah Ismail (Batu Tiga), Lee Lim Sin (Kajang), Haniza Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nei (Rawang).

Sementara itu Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan pula terdiri daripada Aminudin Haruan (Sikamat), Rashid Latif (Ampangan), Ravi Munusamy (Port Dickson) dan Chai Tong Chai (Lukut).

Yaacob berkata, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa merupakan pemimpin senior dalam parti yang mempunyai kelayakan untuk mengambil alih jawatan tersebut daripada Dr Syed Husin Ali yang masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak.

Dalam memberikan sokongan kepada Azmin, Yaacob berkata, mereka tidak akan sesekali menyerang pihak lain termasuk Syed Husin atau Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyelar taktik kotor yang digunakan untuk merosakkan peluang beliau untuk bertanding.

Namun kumpulan yang memberikan sokongan kepada Azmin menafikan mempunyai niat buruk terhadap sesiapa pun.

“Ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi untuk menyokong calon,” kata Yaacob.

Sementara itu Jayakumar berkata pencalonan Azmin bukan satu perkara yang luar biasa.

“Kami tidak menghalang sesiapa untuk bertanding,” katanya.

Beliau juga pencalonan bagi jawatan dalam pemilihan parti juga bukan sesuatu yang baru.

Suhaimi menambah bahawa mereka gembira dengan sumbangan Syed Husin selama ini tapi berharap kekuatan Azmin dalam PKR dapat disumbangkan pada pilihan raya akan datang.


Malaysian Insider

Tuesday, September 7, 2010


Lagi 13 Wakil Rakyat Sokong Azmin, Sembilan Dari Selangor

7 Sept - Seramai 13 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Negeri Sembilan hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir pada sidang media yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Pengerusi PKR Selangor itu, iaitu Yaacob Sapari, Amiruddin Shari, Suhaimi Shafei, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Xavier Jeyakumar.

Pada sidang media itu, mereka menyatakan seramai 13 ADUN termasuk kelima-lima mereka menyokong Azmin pada pemilihan yang berlangsung pertengahan 17 September hingga 21 November ini.

Selain mereka, ADUN yang didakwa menyatakan sokongan tetapi tidak hadir sidang media berkenaan ialah Rodziah Ismail, Lee Kim Sin, Gan Pei Nei dan Haniza Talha manakala ADUN dari Negeri Sembilan adalah Amiruddin Harun, Rashid Latif, Ravi Munusamy dan Chai Tong Chai.

ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata Azmin adalah calon terbaik untuk bergandingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengasaskan politik baru di negara ini.

“Ketokohan, kepimpinan dan ketahanan diri beliau sudah teruji. Sebagai pelopor kanan, bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan memperkemas dan memperteguh parti menuju ke mercu jaya,” katanya.

Kerusi nombor dua hieraki parti itu kosong berikutan penyandangnya , Syed Hussin Ali, seorang senator Dewan Negara sebelum ini yang dijangka tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Bagaimanapub, Yaakob berkata sokongan yang dibuat hari ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya menganggap menzahirkan sokongan adalah hak seseorang wakil rakyat.

Pada akhirnya, kata beliau, ahli akar umbi PKR yang akan membuat undi bagi memilih pemimpin.

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi pula menyifatkan proses menyatakan sokongan ini bukan amalan tidak sihat dalam sesuatu proses pemilihan parti, sebaliknya turut diaplikasi di negera maju termasuk United Kingdom.

“Proses menyatakan sokongan ini adalah persaingan yang sihat dalam membuat sebarang pemilihan pimpinan dalam mana- mana parti,” katanya

Mereka turut menyatakan penghargaan kepada Syed Husin kerana banyak berjasa dan berkorban memantap dan mempertahankan parti dari serangan musuh tradisinya, Umno Barisan Nasional.

Proses pemilihan parti 2010 melibatkan 218 cabang dan setengah juta anggota pamrti yang kesemuanya layak mengundi dan memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.

TV Selangor: -Zeannaima Yusof

Azmin makin mantap, terima sokongan 13 ADUN
Sep 7, 10 11:35am
Kongsi 0
Lebih ramai perwakilan PKR menyatakan sokongan terbuka kepada naib presiden parti, Azmin Ali yang mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden.

Pada sidang media di Shah Alam hari ini, 13 ADUN PKR meluahkan sokongan mereka kepada Azmin yang didakwa pemimpin paling sesuai memegang jawatan berkenaan.

Diketuai oleh Yaakob Sapari (Kota Anggerik), kumpulan itu terdiri daripada sembilan ADUN dari Selangor dan empat dari Negeri Sembilan.

Hadir pada sidang media ini adalah ADUN Dr Xavier Jeyakumar (Sri Andalas), Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Ahmad (Seri Setia) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda).

ADUN PKR Selangor yang termasuk dalam kumpulan berkenaan tetapi tidak hadir adalah Roziah Ismail (Batu Tiga), Gan Pei Nei (Rawang), Lee Kim Sin (Kajang) dan Haniza Talha (Taman Medan).

Manakala perwakilan dari Negeri Sembilan pula terdiri daripada Aminuddin Harun (Sikamat), Rashid Latif (Ampangan), M Ravi (Port Dickson) and Chai Tong Chai (Chuah).
Yaakob (berbaju cerah) berkata Azmin merupakan pemimpin paling layak menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu kerana telah lama bersama dengan parti itu.

"Kami yakin Azmin calon yang terbaik kerana tabah dan pasrah ketika berjuang dalam wadah PKR dan menempuh pelbagai cabaran termasuk difitnah ahli keluarga sendiri," katanya.

Ditanya sama ada sokongan mereka itu merupakan cubaan menolak pencalonan Datuk Zaid Ibrahim bagi jawatan itu, Yaakob menafikannya sebaliknya berkata ia hanyalah proses demokrasi yang didukung PKR.

Timbalan Presiden PKR kini disandang oleh Syed Husin Ali yang dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya meskipun belum membuat pengumuman rasmi berhubung parkara itu.

Sumber: Malaysiakini

Friday, September 3, 2010

AGIHAN BULETIN & BENDERA MALAYSIA SEMPENA HARI MERDEKA

JALAN KEBUN - Bersempena bulan kemerdekaan Malaysia yang ke 53 Tahun satu program menyerahakan bendera Malaysia dan buletin Sri Muda telah diatur oleh pejabat Pusat Khidmat Rakyat Adun Sri Muda baru - baru ini.YB Shuhaimi Hj Shafiei telah meluangkan masa turun ke bazar ramadan Jalan Kebun 2 sambil di iringi oleh Ahli Majlis MBSA,Ahli Majlis MPK dan kakitangan Pejabat untuk majlis penyerahan tersebut.



















SHAH ALAM: Selangor has set aside RM70 million to assist the poor in the state to secure funds to carry out business activities under a micro-credit scheme.

From this amount, RM50 million has been set aside for the rural society while the balance of RM20 million will go towards aiding urban poor.

The scheme is among several mechanisms introduced by the state to free the poor from the vicious poverty cycle.

It will be put into place towards the end of the year. It will begin in Sabak Bernam before spreading to Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat and Sepang.

Initially the state will identify 50 recipients who will be awarded seed money of RM3,000 each to begin their business.

Interest free

Borrowers are expected to begin repayment of their loans after a year of business operations.

The scheme does not require a deposit nor will an interest fee be imposed on the loan.

However, the state has insisted that all borrowers meet on a weekly basis with their local representatives to ensure that the repayment of loan is on schedule.

Sri Muda assemblyman Suhaimi Shafie urged all Selangor locals who qualify to take this opportunity to change their lot.

He said although the government had done away with bureaucracy, monitoring of the recipients project and development was an essential part of the scheme.

“To ensure that the recipients succeed, continuous monitoring is essential especially in relation to the repayments," said Suhaimi.


Source: FreeMalaysiaToday

ZIARAH KETUA KAMPUNG & MANGSA RIBUT KAMPUNG BUKIT LANCHONG


BUKIT LANCHONG - Masa yang terhad tidak menjadi halangan kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei untuk meluangkan masa menziarahi Ketua Kampung Bukit Lanchong Tuan Hj Miskam yang kurang sihat baru - baru ini.Kunjunggan tersebut bertujuan untuk bertanyakan perkembangan tahab kesihatan Datok ketua kampung selain berkongsikan maklumat serta permasalahan yang di hadapi oleh penduduk setempat.Pada hari tersebut Yb Shuhaimi Hj Shafiei juga meluangkan melawat kebeberapa buah rumah penduduk kampung yang terlibat dengan kejadian ribut yang berlaku dikampung tersebut baru - baru ini.
Shuhaimi Hj Shafiei telah mengarahkan pihak JKKK Kampung Bukit Lanchong untuk mendapatkan maklumat terperinci dari setiap penduduk yang mana kediaman mereka terlibat dalam kejadian ribut yang berlaku baru - baru ini.Shuhaimi Hj Shafiei sedang mengusahakan sesuatu agar kesemua pemilik kediaman yang terlibat dalam kejadian ribut pada hari tersebut akan mendapat bantuan yang akan disalurkan.



















Thursday, September 2, 2010

IKRAM Subang Jaya rai 120 anak yatim

E-mail Print PDF

SUBANG JAYA - Satu majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama anak yatim dan fakir miskin telah diadakan di Surau Baiturrahman, SS9 Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2010, jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Majlis ini adalah anjuran bersama Surau Baiturrahman, IKRAM Subang Jaya dan JKP Zon 7.

Program yang julung-julung kalinya dijayakan bersama masyarakat sekitar Subang Jaya ini berlangsung dengan penuh meriah dan mahabbah. Seramai 120 orang anak-anak yatim dan keluarga miskin atau fakir telah menerima sumbangan berupa wang RM200 dan keperluan dapur.

Antara tetamu khas yang turut hadir adalah YB Dr Siti Mariah (Ahli Parlimen Kota Raja), YB Shuhaimi (ADUN Sri Muda), Ahli Majlis MPSJ (Pengerusi JKP Zon 7) Saudara Jaberi Ami, Nazir Majid Bukit Lanchung (nazir kepada 5 surau di sekitarnya) dan beberapa wakil surau-surau serta penduduk kariah. Ustaz Hajar Opir selaku YDP IKRAM Subang Jaya dalam ucapannya telah memperkenalkan secara rasmi Pertubuhan IKRAM Malaysia yang sifatnya sebagai wadah tarbiah, dakwah dan kebajikan.

Melalui program ini, IKRAM Subang Jaya telah dapat membina kerjasama strategik dengan pihak-pihak yang tersebut. Terdapat juga permintaan untuk mengadakan program yang sama di Surau Ar-Raudhah dan juga perancangan program lanjutan dalam masa terdekat.

Last Updated ( Wednesday, 01 September 2010 14:07 )

Selangor peruntuk dana RM70 juta untuk kredit mikro

Wednesday, 01 September 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 31 Ogos – Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM 70 juta bagi membantu golongan miskin memperolehi dana untuk menjalankan perniagaan melalui skim kredit mikro.

Daripada jumlah itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk masyarakat luar bandar manakala selebihnya akan diberikan kepada masyarakat bandar.

Skim itu merupakan antara mekanisma kerajaan negeri untuk membebaskan golongan ini dari kitaran kemiskinan.

Skim tersebut akan dimulakan di kawasan Sabak Bernam dan menjelang akhir Tahun 2010, skim ini akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat,Hulu Langat dan Sepang.

Pada peringkat permulaan, seramai 50 penerima pinjaman akan menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 seorang.

Tempoh bayar balik pinjaman ini hanya akan bermula selepas setahun.

Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

Namun, penerima pembiayaan ini harus mengadakan mesyuarat setiap minggu untuk memastikan pembayaran balik berjalan lancar tanpa tunggakan.

ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie menyeru peserta skim ini agar memanfaatkan bantuan kerajaan negeri ini sebaiknya.

Beliau berkata, meskipun pemohonan pembiayaan ini sengaja dipermudahkan untuk mengurangkan karenah birokrasi, pemantauan berkesan mesti dilaksanakan demi memastikan skim ini benar- benar membantu peserta.

“Untuk mempastikan mereka ini berjaya, pemantauan tetap perlu dibuat. terutama dalam proses pembayaran semula” kata beliau lagi.


Selangorkini

Wednesday, September 1, 2010

Selangor puts RM70m into credit fund to aid poor

E-mail Print

By FMT Staff

SHAH ALAM: Selangor has set aside RM70 million to assist the poor in the state to secure funds to carry out business activities under a micro-credit scheme.

From this amount, RM50 million has been set aside for the rural society while the balance of RM20 million will go towards aiding urban poor.

The scheme is among several mechanisms introduced by the state to free the poor from the vicious poverty cycle.

It will be put into place towards the end of the year. It will begin in Sabak Bernam before spreading to Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat and Sepang.

Initially the state will identify 50 recipients who will be awarded seed money of RM3,000 each to begin their business.

Interest free

Borrowers are expected to begin repayment of their loans after a year of business operations.
The scheme does not require a deposit nor will an interest fee be imposed on the loan.

However, the state has insisted that all borrowers meet on a weekly basis with their local representatives to ensure that the repayment of loan is on schedule.

Sri Muda assemblyman Suhaimi Shafie urged all Selangor locals who qualify to take this opportunity to change their lot.

He said although the government had done away with bureaucracy, monitoring of the recipients project and development was an essential part of the scheme.

“To ensure that the recipients succeed, continuous monitoring is essential especially in relation to the repayments," said Suhaimi.