NEGERI
1. Kami 23 orang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam mengutuk sekeras-kerasnya kejadian melontar cat di pejabat YB Sri Muda serta paparan iklan Merakyatkan Ekonomi Selangor di Kota Kemuning pada awal pagi Jumaat 7 Januari 2011.
2. Perbuatan sebegini dilakukan oleh kumpulan yang tidak bertamadun, tidak punya akal, berniat jahat dan mengamalkan gangsterism yang pasti bertentangan dengan budaya masyarakat
3. Kami memohon agar pihak berkuasa dan kerajaan pusat segera mengarahkan siasat menyeluruh kes ini dan seterusnya mendakwa mereka yang melakukan keganasan ke muka pengadilan.
4. Kami juga menyeru agar perlindungan keselamatan sewajarnya diberikan kepada YB Shuhaimi Shafiei dan keluarga menjamin keselamatannya sepanjang 24 jam.
5. Kami juga mendesak pihak polis jalankan siasatan atas penghasut-penghasut yang telah putar-belitkan kenyataan YB yang boleh mencetuskan ketegangan.
6. Akhirnya, kami juga ingin suarakan sokongan padu kami kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato Seri Menteri Besar dalam segala usahanya untuk memajukan negeri Selangor menerusi Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Disediakan oleh: 23 orang Ahli Majlis PKR, PAS, DAP & NGO <08/01/11>
No comments:
Post a Comment