Selproa tak mahu ahli-ahli jadi 'kambing hitam'
Selproa merakamkan rasa kesal terhadap tindakan tidak profesional polis yang seringkali meminta Mohamad Azmin Abdul Karim, pegawai khas kepada YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda untuk hadir memberikan keterangan kepada pihak polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11.
Setakat ini beliau telah diambil keterangan sebanyak lima kali, termasuk keterangan yang diambil pada Khamis, 27 Januari 2011 di IPD Shah Alam.
Untuk pengetahuan, Mohamad Azmin adalah salah seorang ahli Selproa.
Selproa beranggapan tindakan polis ini lebih merupakan satu bentuk tekanan/ gangguan psikologi (psychological harassment) terhadap pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan ADUN/ ahli parlimen Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Selproa juga percaya ia juga merupakan satu bentuk tekanan terhadap YB Shuhaimi yang sedang dikritik hebat oleh gerombolan dan konco-konco Umno/ BN ekoran tulisan beliau dalam blognya yang kononnya “dikatakan” menghina istana berkaitan isu perlantikan setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.
Selproa ingin menegaskan, agar pihak polis tidak 'diperalatkan' oleh pemimpin Umno dan isu perlantikan SUK tersebut.
Pihak Polis sepatutnya tidak mengamalkan 'pilih kasih' dalam menjalankan siasatannya.
Mereka dilihat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lebih 30 laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) terhadap beberapa editor akhbar Utusan Malaysia dan beberapa individu, yang boleh disabitkan kesalahan jenayah bawah Akta Hasutan, yang juga boleh diklasifikasikan mengancam keharmonian awam dalam isu perlantikan SUK tersebut.
Presiden Selproa telah turut hadir di IPD Shah Alam, Seksyen 11, Shah Alam bersama-sama YB Shuhaimi dan beberapa pemimpin Keadilan Cabang Kota Raja menemani Azmin untuk diambil keterangan buat kali kelima, pada pukul 4.00 petang tadi.
Selproa tidak mahu ahli-ahli Selproa dijadikan 'kambing hitam'.
Penulis merupakan presiden Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa)

No comments:
Post a Comment