Ditulis oleh Radzi Razak
11/01/2011 Share
PETALING JAYA 11 JAN : Laporan akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia yang menuduh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai derhaka sebagai bias dan cuba menyembunyikan penderhakaan mereka terhadap institusi Raja sebelum ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keghairahan dan obsesi mereka terutamanya laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan negeri Sri Muda Shuhaimi Shafei yang didakwa menderhaka kepada Sultan Selangor dalam penulisan di blognya minggu lalu.
"Bahasa biasanya kepura-puraan, bahasa kasarnya kemunafikan. Kalau kenyataan YB Shuhaimi ini dianggap sebagai derhaka, Macam mana dengan kenyataan kepimpinan Umno selama ini yang menyerang Raja-Raja seperti di Terengganu, di Kelantan dan dalam masa pindaan akta perlembagaan menarik kuasa Raja-Raja Melayu.
"Jadi ini tunjukkan ada dua Malaysia. Satu untuk mempertahankan kekebalan pemimpin Umno, Satu lagi untuk rakyat Malaysia yang lain," tegas Anwar dalam sidang media di Ibu PKR hari ini.
Hal sama diulas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
Menurut beliau perkara itu tidak langsung bersandarkan bukti dan hakikat penubuhan Pakatan Rakyat yang telah bersedia mengikut Perlembagaan Persekutuan serta hanya bertujuan mengaburi mata rakyat jelata untuk modal politik.
"Perkara ini sepatunya tidak lagi disensasikan oleh media milik Umno semata untuk modal politik, dalam keadaan rakyat semakin yakin dengan Pakatan Rakyat, terutama selepas konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini," kata beliau.
Sumber: TV Selangor.com
No comments:
Post a Comment