Wednesday, January 19, 2011

Shuhaimi cabar menteri KDN ambil tindakan terhadap Utusan

Wednesday, 19 January 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 19 Jan -Shuhaimi Shafie mencabar Datuk Seri Hishammudin Hussien mengambil tindakan segera terhadap pengurusan akhbar Utusan Malaysia dan pengarangnya, Awang Selamat berikutan laporan yang dibuat ke atasnya berhubung isu menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu turut mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang menyatakan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya walhal kelmarin, polis baru sahaja menggeledah pejabatnya buat kali kedua dan sekali lagi mengambil keterangan pembantu khasnya, Azmizam Zamanhuri di Ibupejabat Polis, Shah Alam.

Menurut Shuhaimi, kenyataan yang dikeluarkan Hishammudin itu jelas berat sebelah dan ia adalah satu pembohongan.

Pertama sekali, kalau kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin yang menyatakan sisatan selesai persoalan saya, kenapa polis masih menyerbu pejabat saya lagi? Ambil Modem, ambil peralatan pejabat dan sebagainya?

Kedua hari ini, jam 1.30 petang tadi, staf saya Azmin dipanggil lagi ke IPD,Shah Alam, untuk direkodkan lagi kenyatan dia, kenapa nak siasat lagi? Siapa yang berbohong sebenarnya? Menteri Dalam Negeri atau pegawai penyiasat yang bohong? Siapa yang bohong sebenarnya?

Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi Selangorkini bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kes beliau telah selesai disiasat dan hanya menunggu peguam negara menentukan dan mengambil tindakan susulan terhadapnya.

Jelas Shuhaimi, individu yang sepatutnya disiasat adalah pihak pengurusan Utusan Malaysia dan Awang Selamat sendiri.

Jadi memang benar negara kita ini hanya akan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang, tetapi tidak kepada penulis-penulis yang mengampu Umno BN.

Shuhaimi berkata, Hishammuddin sepatutnya menyiasat laporan polis yang dibuat lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan atau NGO terhadapnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Saya beranggapan aduan langsung tidak mempunyai asas dan hishammudin berkata laporan tersebut dibuat oleh NGO yang tiada kaitan dengan politik, saya nak sanggah kenyataan beliau yang buat laporan itu termasuk ketua pem uda Umno Kota Raja, Ketua-ketua Pemuda seluruh Selangor, Gaps[Gabungan Anggota Pemikiran Serabut] yang mana mereka ini semua adalah ahli-ahli Umno,” katanya.


Sumber: Selangorkini.online

No comments: