Sunday, February 20, 2011

Guna wang rakyat untuk biayai program BN, boleh pula?
Posted on Sunday, February 20 @ 21:25:48 PST
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan

Komentar Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Media-media talibarut BN mengeksploit semahunya isu kononnya Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan ADUN Sri Muda, Shuhami Shafiei yang didakwa di mahkamah kerana menghasut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tujuannya satu, iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat kononnya kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang rakyat. Jika pembelaan kerajaan Negeri Selangor terhadap kes mahkamah Shuhaimi itu dianggap pembaziran wang rakyat, maka Kerajaan BN Pusat juga wajib dipersalahkan.



Ini kerana dakwaan yang dibuat di mahkamah turut melibatkan penggunaan wang rakyat. Semua proses mahkamah tidak berlaku dengan percuma.

Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk tidak mendakwa Shuhami. Apa yang ditulis Shuhami dalam blognya jauh lebih lunak dari pemimpin-pemimpin Umno memalukan, menghina dan memberi kata dua kepada Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada tahun 1983 dan 1993. Apa yang diucapkan pemimpin Umno semuanya tercatat dalam laporan media-media utama Negara yang tersimpan hingga kini. Bukti itu tidak pernah hilang. Mengapa seorang pun tidak didakwa? Ertinya Kerajaan Pusatlah yang memulakan tindakan ‘membazirkan wang rakyat’ dalam isu ADUN Sri Muda itu. Mereka melakukan pendakwaan terpilih.

Jika tindakan Kerajaan Negeri Selangor itu dibantah, bagaimana pula dengan tindakan mereka menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kempen politik BN. Penat rasanya saya menulis beberapa siri penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah di zaman BN dulu yang menyapu secara terang-terangan wang anak syarikat kerajaan Negeri untuk kempen politik mereka, tetapi sehingga kini tindakan tidak pernah diambil oleh mana-mana pihak pun. SPRM misalnya boleh bertindak tanpa ada pihak yang membuat laporan pun, tetapi mengapa mereka memilih untuk mendiamkan diri jika pihak yang didakwa terbabit dengan penyelewengan itu adalah pemimpin BN.

Kerana Melayu mudah lupa maka saya ingin menyenaraikan semula penyalahgunaan wang rakyat di zaman BN dulu untuk kepentingan politik parti mereka. Ia sangat relevan untuk diungkitkan di saat BN begitu ‘prihatin’ dengan penyalahgunaan wang rakyat, kononnya.

Menjelang Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) BN Kedah telah menggunakan wang syarikat Seri Temin Development Corporation (STDC) sebanyak RM1.7 juta untuk membiayaan program kempen politik BN yang dibuat atas nama “Pemimpin Bersama Rakyat”. Kesemua 14 bahagian di Kedah mendapat RM120,000.00 setiap bahagian, manakala bahagian Padang terap mendapat RM120,000.00.

Menjelang PRU 12, Menteri Besar telah memberi hadiah pen berjenama kepada wartawan yang membuat liputan kempen BN menggunakan wang Permodalan Kedah Berhad. Anak syarikat Perbadanan Menteri Besar itu telah menggunakan RM66,470.00 untuk membeli 50 batang pen. 40 batang pen berharga berjenama Mont Blanc berharga RM1,190.00 setiap satu, 9 batang pen berharga RM1,840.00 setiap satu dan sebatang pen lagi berharga RM2,310.00! Pembelian tidak dilakukan melalui sebut harga atau tender, tetapi dibeli terus dari pembekal Ping Hang Trading, Bukit Kayu Hitam.

Menjelang PRU 12, Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu kempen politik BN. Perbelanjaan kononnya untuk membantu fakir miskin yang mucul dengan banyak di musim pilihanraya. PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk ‘sumbangan politik’ BN menghadapi pilihanraya.

Menjelang PRU 12 juga, dua buah syarikat iaitu Charok Indah Enterprise dan Gerbang Utara Enterprise telah diberi projek kononnya untuk kerja-kerja sosial, masing-masing sebanyak RM57,540.00 dan RM86,000.00 oleh PKB. Projek yang dilaksanakan oleh kedua kontraktor tersebut tidak pernah diputuskan oleh mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atau mesyuarat pengurusan PKB. Antara spesifikasi ‘kerja-kerja sosial’ yang tercatat dalam rekod pembayaran itu ialah antaranya, membekalkan white board, peralatan alat tulis dan kayu ke peti undi BN dalam parlimen Kuala Kedah.

Menjelang PRU 12, STDC telah membelanjakan sebanyak RM78,270 untuk program politik BN di Padang Terap. Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, di mana semua program tersebut diadakan di Padang Terap: 1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00, 1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?) 13/2/2008 – RM10,000.00, 13/2/2008 – RM7,905.90, 13/2/2008 – RM4,610.00, 13/2/2008 – RM11,700.00, 13/2.2008 – RM10,000.00. Semuanya berjumlah RM78,270.

Menjelang PRU 12, STDC telah menyewa khemah untuk digunakan sebagai program kempen politik BN sebanyak lebih RM300 ribu. Oleh kerana mereka telah berhutang kepada syarikat pembekal, maka pentadbiran STDC kini yang terpaksa menjelaskan hutang tersebut secara beransur-ansur.

Menjelang PRU 12 juga, STDC telah membekal kain tudung dengan perbelanjaan sebanyak RM20 ribu. Walaupun tidak dinyatakan kain tudung untuk siapa, tetapi tentulah kain tudung itu bukan untuk Muslimat PAS. Bukan juga untuk Wanita MCA, MIC atau Gerakan, sebab mereka tak pakai tudung. Kalau bukan untuk Wanita arau Puteri Umno, siapa lagi?

Itu cuma senarai penyalahgunaan wang rakyat oleh BN menjelang PRU 12. Hanya di Kedah. Bukan untuk semua waktu. Itu pun terbatas kepada senarai penyalahgunaan yang dibuat secara terang-terangan, tidak termasuk yang program kempen BN yang dibuat menggunakan kos dan jentera kerajaan. Macam Perdana Menteri yang turun ke mana-mana, semuanya menggunakan duit rakyat yang banyak tetapi berkempen terang-terangan supaya rakyat menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Halal pula bagi mereka.

Di zaman PR mentadbir Kedah sekarang pun ada program Mesra Rakyat yang telah dibuat di beberapa daerah. Menteri Besar cuma turun mencanang misi, visi, dasar dan program kerajaan Negeri. Tiada bendera PAS yang menyambut kedatangan beliau dan tiada kempen politik Umno, PAS. Sebab itu kakitangan kerajaan Kedah lebih selesa untuk bekerja di bawah pentadbiran kini berbanding lalu kerana mereka bekerja betul-betul untuk rakyat, bukan untuk parti pilitik tertentu.

http://warta-utara.blogspot.com/

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Kota Kemuning 2011


Wednesday, February 16, 2011

Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz? kata pegawai penjara kepada Nora

Sidiqin Omar | 16 Feb 2011, 08:33 pm

Kongsi 29

KUALA LUMPUR: Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai ‘Nora Reformis’ kesal dengan sikap biadap beberapa pegawai Unit Khas Penjara (UKP) sepanjang tempoh tahanannya di penjara Kajang.

“Walaupun bertudung, pegawai penjara wanita mempunyai sikap yang teruk. Mencarut dan memaki hamun menjadi ‘makanan’ kami dalam penjara.

“Mereka turut bertanya kepada saya, ‘Kau ni gundik Anwar ke, Nik Aziz? Berapa mereka bayar kau…?” kata Nora menceritakan pengalamannya kepada Keadilandaily.com.

Nora ditahan di penjara itu selama dua malam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan terbabit dalam demonstrasi pada 2008. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Menceritakan pengalamannya ketika ditahan, Nora berkata pegawai terbabit mengugut melakukan tindakan lebih keras selepas mengetahui kes berkaitannya adalah kes demonstrasi.

Ketika melalui rutin pemeriksaan tubuh, pegawai UKP tersebut turut menendangnya kerana tidak mengikut arahan. Bahkan Nora didenda untuk membuat ‘lompat bintang’ berpuluh kali, sekiranya soalan yang dijawabnya tidak memuaskan hati para pegawai terbabit.

Nora mendedahkan, kebanyakan tahanan penjara Kajang terdiri dari kes jenayah dan imigresen. Justeru, beliau mempersoalkan tindakan pegawai terbabit yang seolah menyamakannya dengan penjenayah.

“Saya turut dimaki dengan perkataan bodoh, bengong dan bebal. Apa mereka ini tidak ada perikemanusiaan?

“Kalau saya sebagai warga Malaysia pun diperlakukan begitu, apa lagi warga asing,” jelasnya yang turut melihat seorang wanita warga Indonesia dipukul di kepala oleh seorang pegawai penjara.

Dalam pada itu, Nora memaklumkan keadaan di dalam penjara sangat sesak dengan tahanan. Selain terpaksa berkongsi bersama 14 orang tahanan di dalam satu sel, penyediaan makanan dan tempat tidur adalah sangat mendukacitakan.

“Kami hanya diberi selimut untuk mengalas tempat tidur di atas lantai. Hanya sepasang pakaian penjara yang diberikan sepanjang tiga hari. Untuk makanan yang sedikit baik, kami terpaksa membelinya. Bahkan tuala wanita untuk tahanan wanita terpaksa dicatu,” jelasnya.

Nora menambah, ketika beberapa orang rakan datang ingin melawat, pegawai penjara meminta beliau untuk menukar pakaian dan merapikan keadaan dirinya.

“Semasa sesi pertemuan bersama penjamin saya di sebuah bilik khas, percakapan kami diintip. Ini membuatkan saya terpaksa untuk ‘berlakon’ di depan mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Saya juga diarahkan oleh pegawai untuk mengatakan bahawa kes saya adalah kes mencuri. Bukannya kes perhimpunan aman.

“Saya bimbang jika saya berterus terang ketika itu, saya akan ‘dihukum’ pula oleh mereka ketika dibawa masuk ke dalam sel” tambahnya.

Nora memaklumkan dia masih ingat nama dan wajah kesemua pegawai-pegawai penjara tersebut. Beliau akan berbincang dengan ahli keluarga dan peguam sebelum mengambil tindakan susulan berikutan layanan buruk diterima sepanjang penahanannya.

Perbicaraan kes ‘Perarakan Aman Menentang Kenaikan Harga Minyak 2008′ akan disambung semula pada 28 Februari ini. Antara tokoh politik yang turut didakwa dalam kes tersebut termasuk pimpinan Pas, Mohamad Sabu dan 42 yang lain.

Sumber: keadilandaily

Komen Editor:

Beginilah sikap satu dua ketul 'alat propaganda' di hampir kebanyakan jabatan kerajaan di mana manapun dalam negara ini. 'Nila setitik' menyebabkan 'sebelanga susu' institusi kerajaan dan milik awam ini dilihat 'busuk' dan memerlukan satu pembaharuan.

Sudah tentu didikan UMNO dan BN menjadikan segelintir pegawai ini menjadi begitu kurang ajar, biadap dan tidak berhemah. Seperti juga satu dua 'balaci' di Utusan Malaysia yang tidak beretika dalam laporan berita dan hanya mengikut telunjuk politik UMNO!

Sudah tiba waktunya satu pembaharuan total di buat. Pembaharuan ini hanya dapat di buat dengan perubahan besar besaran. Cara terbaik dan termudah hanya dengan menukar kerajaan sedia ada di Putrajaya hari ini kepada satu kerajaan baharu yg sudah pasti cara didikannya lebih berhemah.

Ia hampir pasti dapat dilakukan! Bagaimana? Kesedaran rakyat kini lebih cepat berkembang selepas perubahan di Mesir dan Tunisia. Hanya menunggu waktu. Bersabarlah..

Tuesday, February 15, 2011

Disebalik kenyataan Mahathir tentang Operasi Lalang dan ketakutan rejim Najib-Rosmah

Keadilan Daily | 15 Feb 2011, 03:24 pm

Oleh Fariz Musa

Saya melihat tindakan polis menahan sekurang-kurangnya 30 anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) di Perak dan Selangor dan tindakan keras terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang diadakan serta tangkapan terhadap Norazimah Mohamad Nor a.k.a Nora adalah membuktikan betapa takutnya Rejim Najib – Rosmah.

Tindakan drastik sedemikian adalah usaha yang dilakukan untuk mencantas dengan segera bertujuan mengugut rakyat dari bertindak sepertimana berlaku di Tunisia, Mesir dan kini Algeria. Ketakutan dan kebimbangan rejim Najib -Rosmah dirasai ekoran tindakan tersebut yang saya lihat cuba menahan mereka yang cuba dan boleh memulakan gerakan rakyat.

Saya yakin ada perancangan tertentu yang dilakukan oleh Rejim Najib-Rosmah yang tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Sudah pasti mereka sedang memantau kesemua mereka yang berpotensi dalam mengerakkan massa untuk ditangkap dan didakwa ( kes-kes lepas ) dengan segera agar untuk mengekang tindakan luar jangka .

Pada awalnya Nora bakal dibebaskan dengan ikat jamin, tetapi beliau telah dibawa ke Penjara Kajang. Tindakan polis benar-benar mencerminkan sikap mengikut telunjuk penguasa, kononnya atas nama keselamatan .

Baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan fitnah Najib terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba dikaitkan dengan penganas, seperti yang dilaporkan dalam Laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengarahkan polis untuk menyiasat Anwar, namun gagal apabila pihak CNN telah melaporkan bahawa Anwar bersih daripada tuduhan dan tiada bukti .

Gagal dengan perancangan tersebut, tiba-tiba muncul tindakan Ketua Wira Perkasa, Armand Abu Hanifa membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar, kerana kononnya beliau mendapat maklumat bahawa Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapatkan suaka politik di luar negara.

Aramnd berkata, kononnya Anwar merancang untuk meniru Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan ( civil disobedience ) seperti rusuhan ‘baju merah’ di Bangkok. Malah beliau juga menuduh Anwar cuba untuk membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalanraya.

Dr Mahathir pula dilihat menyalahkan pihak polis terhadap Operasi Lalang yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987. Malah Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara senada dengan Dr Mahathir, kononnya Dr. Mahathir tidak setuju dan membantah tindakan polis untuk melaksanakan Operasi Lalang .

Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa setiap tindakan yang melibatkan tangkapan ISA tidak melibatkan Perdana Menteri. Seolah-olah semua ini adalah tindakan polis dan bukan atas campur tangan ahli politik

Bermakna sekiranya berlaku siri tangkapan ISA ala Operasi Lalang, rakyat tidak boleh menyalahkan Najib Razak kerana ia bukan atas arahan dan tidak melibatkan keputusan Perdana Menteri.

Mereka boleh buat dan mencipta apa jua tuduhan untuk menghalalkan tindakan untuk menangkap atau menahan sesiapa yang dilIhat berpotensi menjana pergerakan massa terutama pimpinan parti-parti politik. Ketakutan Rejim Najib – Rosmah tidak dapat dibendung lagi !


*Fariz Musa adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia.

Monday, February 14, 2011

Perutusan Dato Seri Anwar Ibrahim Sempena Maulidur Rasul

“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu” (Surah at Taubah, ayat 128)

Bila menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad al Amin S.A.W kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan. Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati setiap waktu. Adalah dianjurkan kepada kita agar sentiasa berselawat keatas Baginda S.A.W sesuai dengan ayat 56 Surah al Ahzaab, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman. Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh. Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan. Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T.

Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari pesan al Quran ini:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” ~ Surah An Nur ayat 19

ANWAR IBRAHIM

Civil Society Joint Press Statement

12 Febraury 2011

Civil Society Joint Press Statement

*Drop Charge Against Suhaimi Shafiei, Uphold Citizens’ Freedom of Expression
*

We, the undersigned organizations, strongly condemn the Attorney General
Chamber’s prosecution of Seri Muda Assemblyman Suhaimi Shafiei under the
Sedition Act. This is an infringement of Malaysians’ freedom of expression
and against the spirit of Article 10 of the Federal Constitution. It also
contradicts the Universal Declaration of Human Rights ratified by Malaysia
government.

We urge the AG Chamber to drop the charge against Suhaimi Shafiei
immediately to show respect of the people’s freedom of expression. We call
upon the government to repeal the sedition act and immediately and
unconditionally withdraw charges against all persons charged under the
draconian sedition act.

As freedom of expression is the foundation of a democratic society,
crackdown on free speech only makes check and balance impossible and opens
up opportunities for abuse of power and violation of rule of law, bringing
our society to a dark age.

Suhaimi has a legitimate right to comment on the appointment of Selangor
secretary Khusrin. All citizens – not even exclusive for elected
representatives - have right to criticize the decisions and acts of any
public institutions – the Executive, the Judiciary, the Legislative,
the Election
Commission and the Palace – for the health of our democracy, federalism and
constitutional monarchy. This is the essence of freedom of expression

We hold that the police report against Suhaimi accusing him of “traitor” is
devoid of common sense. What the former Prime Minister Dr. Mahathir has done
decades ago with constitutional amendment to curb the royal power was far
more serious than Suhaimi’s comment.

The AG Chamber must therefore stop selective prosecution of opposition
politicians and netizens on their legitimate comments related to the health
of democracy, federalism and constitutional monarchy. It must act
independently rather than becomes a tool of political persecution.

We categorically refute the view of Gerakan Kedah Youth Chief Tan Keng Liang
that Suhaimi’s case is a “personal case”. The prosecution of Suhaimi is
clearly a case of political persecution. We applaud the Selangor State
Government for providing legal aid to defend the freedom of expression of
its state assemblyperson. It is a noble act to uphold human rights and
social justice in the state of Selangor.

Tan must remember, the responsibility of having the Selangor tax payers to
pay for the legal cost lies solely with the Barisan Nasional Federal
Government, in which his party participates. If conscience can be his guide,
Tan should instead demand the BN Federal Government to drop the charge or
demand his Gerakan Party to provide legal support.

The Najib Administration must understand that people demand real democratic
reform, not a flowery slogan of political propaganda. If the PM is serious
about “People First”, he must immediately stop the persecution of Suhaimi,
and also abolish all draconian laws designed to control and censor the
media.

Endorsing Organizations :

1. Civil Rights Committee of KL & Selangor Chinese Assembly Hall

2. Civil Society Committee of LLG Cultural Development Centre

3. Writers Alliance for Media Independence

4. 528 Media Action Group

5. Saya Anak Bangsa Malaysia

6. Suara Rakyat Malaysia

7. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)

8. *Perak** *Youth Graduate Association

9. All Women's Action Society (AWAM)

10. Youth Section of Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall

11. Youth for Change

12. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

13. Women's Aid Organistion

14. Malaysia Youth & Students Democratic Movement(DEMA)

15. New Era College Alumni Association

16. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Serdang Bharu

17. Persatuan Komuniti Prihatin Kuala Lumpur & Selangor

18. Amnesty International Malaysia

19. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & KL

20. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

21. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)

22. Community Action Network (CAN)

23. Friends of Suaram Johor
Kosongkah DUN Pelabuhan Kelang?
Ditulis oleh Subky Latif
08/02/2011 Share


Lebih 20 tahun lalu saya tertanya-tanya mengapa seorang Yang Berhormat yang hendak meninggalkan negara baik untuk mengerjakan haji atau apa-apa tua tujuan menulis surat kepada Speaker memaklumkan pemergiannya dan minta cuti?

Mengapa? Dan apa perlunya?

Rupanya dibimbangi ketiadaan mereka di dalam negeri mereka tidak hadir tanpa memaklumkan kepada Speaker dan sementara menunggu sidang yang selepas itu mereka didapati tempoh tiada hadir sidang melewati masa yang dibenarkan.

Mengikuti peraturan Dewan apabila Yang Berhormat tidak hadir sidang melebihi tempoh enam bulan tanpa pengetahun dan kebenaran Speaker maka gugur keahliannya seperti yang terjadi kepada ADUN Pelabuhan Kelang sekarang dan ADUN Kota Siputeh, Kedah yang kesnya masih tergantung itu.

Speaker Selangor mendapati rekod ADUN Pelabuhan Kelang tidak menghadiri siding lebih dari enam bulan tanpa memaklumkan kepada pejabat Speaker, maka Speaker pun dengan kuasa yang ada padanya menggugur keanggotaan ADUNnya. Demikian juga ADUN Kota Siputeh tidak memaklumkan kepada Speaker Kedah mengapa dia tidak menghadiri sidang bagi tempoh tertentu?

Speaker Selangorpun memaklumkan kepada SPR seperti yang dibuat oleh Speaker Kedah dulu, akan kekosongan kerusi DUN berkenaan dan minta SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Yang menjadi tanda tanya sekarang adakah SPR akan mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang dalam masa 60 hari selepas Speaker mengistiharkan DUN itu kosong?

Mengikut peraturan yang termaktub dalam perlembagaan Selangor DUN itu sah kosong apabila Speaker mengisytiharkannya kosong dan SPR mesti mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu dalam tempoh 60 hari.

Logiknya Pelabuhan Kelang akan menghadapi PRK sebelum MAC ini. Tetapi mengikut apa yang terjadi di Kedah, SPR menerima perintah Speaker Kedah itu dan berlanjutlah ia ke mahkamah. Mahkamah pula ada peruntukan rayuan dan rayuan atas rayuan, maka sudah lebih setahun belum ada keputusan muktamat mahkamah.

Hal itu sudah tergantung sekian lama. Pengundi di Siputeh tidak tahu adakah mereka ada ADUN atau tidak. ADUN yang dilucutkan itu pun tidak tahu dia masih ADUN atau tidak? Speaker pun tidak tahu penggugguran yang dibuatnya laku atatu tidak?

Kalau kosong katakan kosong dan kalau tidak katakan tidak. Plihan raya kecil sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari ia diumumkan kosong. Mahkamah tidak pula memerhatikan peraturan itu, tidak menyegerakan membuat keputusan mengikut tempoh yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Kes itu tergantung seperti lain-lain yang tidak disebutkan tempoh ia perlu diselesaikan.

Apakah SPR akan bertindak seperti yang di Kedah itu juga?

Sepatutnya SPR mesti membuat persiapan segera bagi mengadakan pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang. Itulah kerjanya. Apabila Speaker memaklum ada kerusi kosong, maka SPR mengambil tindakan segera sebagaimana menghadapi kekosong berikut kematian ADUN at au Anggota Dewan Rakyat.

Kalau keputusan Speaker itu dirasakan tidak tepat, bukan SPR yang mempersoalnya, tetapi biar ADUN yang dilucutkan itu yang bertindak membawanya ke mahkamah seperti yang dibuat oleh bekas ADUN Pelabuhan Kelang sekarang.

Bukan SPR yang mengadu kepada mahkamah tetapi SPR menumpukan kerja bagi mengisi DUN yang Speaker kata kosong itu. SPR menentukan tarikh PRK dan mahkamah pula sewajarnya menyegerakan keputusannya supaya pilihan raya kecil itu dapat diadakan mengikut yang dijadualkan.

Dalam hal ini kuasa Speaker adalah besar.Perdana Menteri atau Menteri Besar tidak boleh campur urusan Speaker. Demikian juga SPR, ia tidak diberi kuasa untuk mentakwil kuasa Speaker. Tanggongjawab SPR ialah menerima arahan Speaker dan membuat persiapan pilihan raya.

Kalau Speaker lebih berkuasa dari Perdana Menteri dan Menteri Besar, sudah tentu SPR juga boleh campur tangan dengan keputusan Speaker.

Apabila SPR mentakwil keputusan Speaker seperti yang berlaku di Kedah dan di Perak dulu, maka SPR telah menjadikan diri lebih sudu dari senduk. Sudu tetap menjadi sudu dan tidak boleh jadi senduk. Kalau sudu jadi senduk, senduk tetap tidak boleh jadi sudu.

SPR sekarang sudah dilihat menyebok. Ia membuat apa yang ia tidak patut buat. Tindakannya mempertikai keputusan Speaker Perak dan Speaker Kedah telah menyebabkan berlaku huruhara di Perak.

Jika SPR menerima arahan Speaker Perak tentang kekosongan tiga DUN berikut ADUNnya yang melompat, maka ia tentu tidak menyeret Istana dalam krisis politik dan perlembagaan di negeri itu. Istana tidak akan terlibat untuk menyelesaikan krisis itu juka ia dapat diselesaikan di peringkat bawah.

Apabila istana pula terpaksa terlibat bagi menyelesaikan perkara yang tidak diselesai oleh SPR, maka ia mencemarkan istana dengan berbagai persoalan. Elok istana tidak pernah berdepan dengan tunjuk perasaan, maka istana telah dicemari oleh tunjuk perasaan rakyat.

Banyak sejarah tercatit di Perak yang tidak berlaku di tempat lain berikut dengan kerenah SPR hendak menunjukkan ia sama besar dengan Speaker. Tidak pernah sidang DUN di negara ini dikawal ketat oleh polis, maka polis telah berperanan dalam sidang. Biasanya polis tidak pernah dibawa ke perkarangan sidang, tetapi ia berlaku di Perak.

Semuanya gara-gara SPR jadi lebih sudu dari senduk.

Jangan berulang pula di Pelabuhan Kelang SPR mempertikai juga keputusan Speaker. Kalau sudah sudu jadilah seperti sudu. Biarlah senduk jadi senduk. Sebelum Mac 2011 berakhir hendaknya selesai pilihan raya kecil Pelabuhan Kelang.

Jangan jadikan PRU 13 sebagai penyelesaian semua masalah, kerana Selangor adalah bersama negeri di bawah Pakatan Rakyat yang lain tidak mengadakan pilihan raya umum yang serentak jika ia diawalkan.

Pelabuhan Kelang akan jadi krisis berlarutan jika keputusan Speaker itu ditakwil SPR.


Sumber: TV Selangor

Ulasan editor:

SPR kini melakukan kerja hanya mengikut arahan UMNO/BN untuk memastikan BN tidak tewas dalam PRU 13. Rakyat memerhati dengan dekat apa yang dilakukan SPR ini.

Walaupun SPR berkata mereka bebas, 'kelihatan' di mata rakyat yang celik tangan SPR di gari UMNO/BN. SPR mesti punya keberanian untuk mengubah persepsi rakyat itu walaupun kini hanya tersisa sedikit. Apabila tangan di gari, rakyat melihat SPR lansung tiada semangat Jebat dan tindakannya hanyalah sama seperti kesetiaan Tuah. Di arah kemana pun, mereka ikut sahaja. Inilah persepsi rakyat terbanyak pada SPR.

Persepsi bukanlah sesuatu yang benar, tak semuanya benar dan belum tentu benar, tetapi persepsi adalah maklumat.. Dalam dunia ICT sekarang, maklumat dari sudut persepsi di facebook Tweeter berjaya menumbangkan Mubarak di Mesir. Di mata rakyat yang tertindas dengan pelbagai akta zalim, sedikit persepsi negetif sudah cukup untuk memulakan satu kebangkitan rakyat. Tragis sekali rakyat menghantar orang no satu Tunisa dan Mesir seperti itu.

Disumberkan, ia pasti akan berlaku di Malaysia jika layanan tidak sama rata diteruskan, pembohongan seperti di Utusan Malaysia di diam dan dibenarkan, akta drokanian mesin cetak maupun hasutan diteruskan, akta zalim yang lain seperti ISA tidak di mansuh. Rakyat tidak buta walaupun cuba dirabunkan.

Rakyat sedang meneropong saki baki kebebasan yang semakin terhakis. Hak bersuara yang semakin diperlahankan.

Suatu masa rakyat akan bangkit, bangkit untuk membuang pimpinan yang bertindak seperti Mubarak, Leila, Zainal Ben Ali.. Indahnya, rakyat kenal siapa mereka!

Dr Asri: Tidak mustahil kuasa rakyat berlaku di M'sia


Feb 13, 11 9:24pm
Kongsi 951
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

Sumber: Malaysiakini

Friday, February 11, 2011

"Tabung Suhaimi" kumpul dana tampung kos guaman

"Tabung Suhaimi" kumpul dana tampung kos guaman
10/02/2011 Share


SHAH ALAM 10 FEB: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor akan menubuhkan "Tabung Suhaimi" bagi memohon dana menampung kos guaman Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie yang disabitkan dengan tuduhan mempersoal kuasa Sultan.

Ini merupakan inisiatif kerajaan itu memupuk kesedaran masyarakat Selangor bahawa terdapat usaha menjatuhkan kerajaan pilihan mereka menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi tadi, Khalid berkata pendekatan ini sekaligus memupuk sudut kesedaran politik rakyat Selangor seraya menolak dakwaan kerajaan itu menggunakan duit rakyat untuk membiayai kos peguam Suhaimi.

"Kita (PR) menentang amalan selektif atau pendakwaan terpilih. Ini menunjukkan pendakwaraya (Umno-BN) ada agenda politik. Kita mahu rakyat Selangor sedar bahawa ini serangan ke atas kerajaan pilihan mereka," ujar beliau.

Menurut Khalid, Umno-BN yang menggunakan duit kerajaan untuk membayar khidmat pendakwaraya tanpa segan silu mengamalkan pendekatan dakwaan terpilih untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tambahnya, perkara yang dilakukan oleh Suhaimi di dalam blognya tidak setanding dengan ucapan "Binatang" yang dicoretkan di atas kain rentang oleh Umno-BN Terengganu membantah keputusan Yang Dipertuan Agong, Sultann Mizan Zainal Abidin melantik Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terenggau menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

"Kesalahan Suhaimi tidak penting berbanding apa yang Umno-BN lakukan," jelas Khalid lagi.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi di dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Pejabat Pusat Khidmat Adun Seri Muda di Kota Kemuning turut disimbah cat merah dipercayai mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.

Kerajaan Selangor kemudian berpendirian untuk bersama-sama dengan Suhaimi menghadapi tuduhan itu selain menyatakan hasrat untuk membayar kos khidmat guaman beliau.

Walaubagaimanapun tindakan tersebut mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya Umno-BN yang menyifatkan ianya sebagai pembaziran duit rakyat.

Dalam pada itu, kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat akan menubuhkan Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (GAPET) bertujuan memberi informasi kepada rakyat seluruh negara tentang kuasa pendakwaan terpilih yang dilakukan pihak Umno-BN.

GAPET akan membantu mengedarkan risalah serta menganjurkan ceramah penerangan kepada rakyat di negeri jajahan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

sumber tvsnews

Wednesday, February 9, 2011

Kebebasan bersuara wakil rakyat dipertahan – MB

Wednesday, 09 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 9 Feb – Kerajaan Selangor akan terus membela wakil rakyatnya bagi memastikan mereka komited menjalankan tugas secara beramanah dan berani bersuara untuk menegakkan kepentingan awam, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei

Justeru kerajaan negeri akan menyediakan bantuan guaman untuk membela ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei atas tuduhan hasutan di Mahkamah bersabit isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Khusrin Munawi.

Khalid menjelaskan bantuan itu untuk khidmat peguam dan bukan membayar jaminan atau sebarang denda sebagaimana tohmahan sesetengah pihak.

“Kita telah membuat keputusan sebagai Exco Negeri untuk menolong Shuhaimi berasaskan (pendakwaan) undang-undang yang dia hadapi. Sebagai seorang wakil rakyat, mereka (wakil rakyat) perlu bersuara, kita bagi sokongan kepada rakyat untuk bersuara,” kata Khalid selepas mesyuarat EXCO mingguan tengah hari tadi.

Khalid menegaskan bantuan guaman yang diberikan kepada Shuhaimi memberi mesej jelas bahawa kerajaan negeri mahukan wakil rakyat menjalankan tugas tanpa rasa khuatir terhadap ugutan atau tekanan daripada mana-mana pihak.

“Kerajaan Negeri tidak beri wang untuk jaminan, tetapi memberikan kemudahan guaman dan ini perlu sebab kita mesti memberi keyakinan supaya wakil rakyat bekerja untuk (kepentingan) negeri dan menjalankan tugas tanpa rasa khuatir untuk memberi pandangan yang baik,” katanya.

Shuhaimi dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 bersabit tulisan beliau mengenai pelantikan Khusrin yang diumumkan oleh Putrajaya tanpa berbincang dengan kerajaan negeri seperti yang menjadi kelaziman.

Susulan tindakan beberapa pertubuhan pro-Umno membuat laporan polis, mendakwa kononnya ulasan Shuhaimi itu mencemari Sultan Selangor, Pejabat Peguam Negara mengambil keputusan mendakwa beliau.

Shuhaimi menolak tuduhan itu sebagai politik jijik Umno dan menegaskan beliau tidak mengkritik Istana Selangor dan menjunjung taat setia kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan perbicaraan ditetapkan pada 28 Mac depan.

Khalid membidas pihak yang mempertikaikan bantuan guaman yang diberi oleh kerajaan negeri kepada Shuhaimi kerana ia adalah khidmat biasa yang akan diberikan kepada mana-mana pegawai kerajaan yang menghadapi pertuduhan bersabit isu-isu yang melibatkan kepentingan kerajaan negeri.

“Perkara ini normal, serupa juga macam pegawai kita pergi MACC, kita beri khidmat guaman, itu kita buat. Ia normal, bukan melebihi dari bantuan yang kita bagi orang lain,” tegas Khalid.

Sumber: Selangorkini

Tuesday, February 8, 2011

07 February 2011

Terkini, ikat jamin RM8K keatas Shuhaimi Shafie : Suasana di Mahkamah pagi ini

Baru selesai pertuduhan terhadap Shuhaimi,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerbitkan satu artikel menghasut berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri selangor di laman blog www.srimuda.blogspot.com pada pada 30 Disember tahun lalu. Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar, dikenakan ikat jamin RM8,000.00. Perbicaraan akan bersambung pada 28 Mac 2011

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafie dipercayai bakal didakwa atas Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen tiba kira-kira jam 9.20pagi di Bangunan Mahkamah Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.


Sebelum itu ramai pemimpin PKR, DAP dan PAS yang hadir dan berada di Lobi Mahkamah. Antara yang paling awal sampai ialah Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud.

Sementara dari PKR dan DAP yang saya terpandang ialah YB Azmin Ali, YB Nurul Izzah, YB Manikavasagam, YB HJ Yaacob SapariYB Teresa Kok, YB Ronnie Liu dan lain-lain (maaf tak dapat nak tulis)