Thursday, February 3, 2011

YB SHUHAIMI HJ SHAFIEI TETAP MENERUSKAN RUTIN TUGASAN HARIANNYA SEPERTI BIASA DEMI PENGUNDI DAN RAKYAT YANG DIWAKILINYA.

SRI MUDA - Siasatan dan tekanan yang berterusan yang dilakukan oleh pelbagai pihak tidak sedikit pun melunturkan semangat YB Shuhaimi untuk terus menjalankan tugasan seharian beliau sebagai wakil rakyat di kawasan Dun Sri Muda.YB Shuhaimi masih dapat di lihat menghadirkan diri ke majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi sekitar dun sri muda serta dimana jua lokasi tanpa ada memperlihatkan walau sedikit pun rasa tertekan dengan situasi ketika ini.

Baru - baru ini Yb Shuhaimi telah hadir untuk menziarah seorang warga emas yang telah meninggal dunia di Dun Sri Muda dengan meluangkan masa hampir satu jam dan turut serta bersama - sama orang ramai menunaikan solat jenazah.Orang ramai yang hadir telah melahirkan rasa cukup terharu dan rasa gembira kerana YB Shuhaimi dapat meluangkan masa dan bersama - sama menunaikan solat jenazah.Menurut kata orang ramai yang hadir jika hendak dibuat perbandingan antara YB Shuhaimi dengan wakil rakyat yang terdahulu amat jauh berbeza kerana wakil rakyat yang terdahulu bukan hanya sukar untuk dilihat hadir untuk menziarahi sekiranya ada kematian namun akan tetapi untuk dilihat menunaikan solat di surau atau masjid sekitar Dun Sri Muda pun sukar.


No comments: