Wednesday, February 2, 2011

Protes Di Mesir Memuncak...BBC

Rakyat Mesir kembali berkumpul untuk di Kaherah sebagai usaha meningkatkan tekanan untuk menurunkan Presiden Hosni Mubarak dari kerusi kekuasaan.

Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin

Pihak pengelola protes berharap sekitar satu juta orang yang turun ke jalan-jalan, yang akan menjadi protes terbesar sejauh ini. Keadaan serupa juga direncanakan di Iskandariah.

Sementara itu pihak tentera Mesir berjanji tidak akan menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.

Wartawan BBC, Lyse Doucet, di Lapangan Tahrir, Kairo mengatakan rakyat massa yang hadir lebih besar dari hari-hari sebelumnya.

Pernyatan tentera menjadi pukulan besar bagi Presiden Mubarak dan tampaknya membuat para penunjuk perasaan tetap semangat dan memenuhi pusat ibukota Kaherah.

"Kami di sini untuk menyampaikan satu pernyataan. Kami tidak akan pergi sampai Mubarak mundur," kata Tarek Shalabi, seorang pengujuk rasa, kepada BBC.

Sejumlah pengunjuk rasa bermalam di Lapangan Tahrir sejak Isnin dengan mengatakan akan tetap berada di sana sampai Mubarak mundur.

Sementara itu, keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.

Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.

Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.

PAS sebelum ini telah mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air, lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berkata pihaknya kesal dengan kelembapan kerajaan khususnya Wisma Putra dalam memberi respons balas ekoran krisis politik di Mesir yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama pelajar.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa kerajaan menyegerakan bantuan makanan kepada para pelajar dan mengambil langkah-langkah lain yang sewajarnya.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan membawa pulang pelajar dengan segera melalui penerbangan dibawa oleh Malaysia ataupun secara alternatif menggunakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau kapal-kapal swasta boleh dimanfaatkan.

“Angkatan Muda yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia seluruhnya tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dengan kelembapan tindakan yang berpotensi mengancam nyawa pelajar-pelajar Malaysia di sana,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Gesaan itu sebahagian daripada desakan pelbagai pihak agar Wisma Putra bertindak segera membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Pemuda Barisan Nasional juga memberikan gesaan sedemikian semalam.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Sedangkan kerajaan Malaysia masih terhegeh-hegeh dan terkial-kial untuk menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Asia Barat untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Beberapa orang keluarga pelajar yang bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka telah menghubungi GB sebentar tadi dan menyatakan kekesalannya dengan kelembapan kerajaan Malaysia bertindak.

"Diberitakan hanya pelajar perempuan akan dievakuasikan, itu pun menggunakan kapal TLDM," ujar seorang bapa kepada pelajar yang menuntut di Mesir.....

PELIK BIN HAIRAN BIN PENING KEPALA....MENGAPA KERAJAAN UMNO 1M'SIA MENTERI ROGOL AMAH AMAT KURANG SENSITIF DAN PEKA NASIB PELAJAR-PELAJAR KITA DISANA?...ADAKAH BERKAITAN DENGAN LAWATAN FLOM ROSMAH KE NEGARA-NEGARA ARAB BARU-BARU INI?...ATAU ADAKAH KERANA PELAJAR-PELAJAR DISANA KEPOLITIKKANNYA CONDONG KE PAKATAN RAKYAT?...INGATAN RAKYAT KAPADA KERAJAAN BOBROK UMNO...JANGAN SAMPAI PELAJAR-PELAJAR KITA BANGUN CARA RAKYAT TUNISIA DAN MESIR....

Harap maklum:

Petikan diatas di ambil sepenuhnya dari Facebook yang tidak di edit untuk mengambarkan kemarahan rakyat pada kelemahan Kementerian Luar dan kerajaan pusat yang berkuasa di Putrajaya - Editor

Saya sudah bangkitkan kebimbangan sejak minggu lepas lagi. Malangnya kuasa di Putrajaya terlalu lemah untuk membuat keputusan. Saya paparkan apa yang di tulis sebelum ini di Facebook untuk kita kongsi bersama

Sunday, January 30, 2011 at 9:29pm

saya bimbang situasi pelajar kita di Mesir. kerajaan pusat di seru agar menyegerakan perpindahan pelajar keluar dari Mesir spt dilakukan kerajaan Singapura, Filipina dan 2 lg negara lain. Jangan tunggu sehingga pelajar kita di rogol banduan yg terlepas disana baru terhegeh hageh utk bertindak. kuasa rakyat sudah bangkit disana.

Monday, January 31, 2011 at 7:44pm

Saya bimbang dengan situasi pelajar kita di Mesir. Kerajaan pusat di seru agar menyegerakan perpindahan pelajar kita seperti di lakukan kerajaan Singapura, Filipina dan dua negara lain. Jangan sehingga ada pelajar kita di perlakukan sesuatu oleh banduan yang terlepas disana baru kerajaan pusat terhegeh hegeh untuk bertindak. Lakukan perpindahan sekarang! Bawa keluar segera ke negara berhampiran. Kos boleh di tanggung oleh keuntungan minyak yang naik harga lagi malam ini. Apakah itu pun tidak boleh di buat? Apa kah yang penting, nyawa rakyat atau untung minyak??

Thursday, February 3, 2011 at 9.15pm

ini msg anak buah sy yg berada di Alexdria Mesir yg di trma jam 9pm tadi. 'ucl, kt msia konon ckp nk selmt kiteorg tp embassy sini ckp xtrma apa2 arhn psl pndh stud. keadn sini teruk, even org arab sdri ckp cmtu. nk reload hp pn xdpt. kat Cairo lg truk, mknn dah xde. org arab pn xnk jual kt org msia, jual kt arab sj. cepat2 la hntr bantn. dh la banduan byk giler terlps menymr jd polis ketuk pintu rmh. keadn teruk keadaan makin teruk. kes pecah rumah, tikam orang' Masej pada kerajaan msia, sy nak ingatkan nyawa rakyat lebih penting. kabarnya sebentar tadi ada seorg raja yg arahkan PM bertindak segera bawa balik pelajar msia. lepas ni PM boleh fikir pecat Menteri Luar yg lembab. esok teruskan demo..

No comments: