Disebalik kenyataan Mahathir tentang Operasi Lalang dan ketakutan rejim Najib-Rosmah
Keadilan Daily | 15 Feb 2011, 03:24 pmOleh Fariz Musa
Saya melihat tindakan polis menahan sekurang-kurangnya 30 anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) di Perak dan Selangor dan tindakan keras terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang diadakan serta tangkapan terhadap Norazimah Mohamad Nor a.k.a Nora adalah membuktikan betapa takutnya Rejim Najib – Rosmah.
Tindakan drastik sedemikian adalah usaha yang dilakukan untuk mencantas dengan segera bertujuan mengugut rakyat dari bertindak sepertimana berlaku di Tunisia, Mesir dan kini Algeria. Ketakutan dan kebimbangan rejim Najib -Rosmah dirasai ekoran tindakan tersebut yang saya lihat cuba menahan mereka yang cuba dan boleh memulakan gerakan rakyat.
Saya yakin ada perancangan tertentu yang dilakukan oleh Rejim Najib-Rosmah yang tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Sudah pasti mereka sedang memantau kesemua mereka yang berpotensi dalam mengerakkan massa untuk ditangkap dan didakwa ( kes-kes lepas ) dengan segera agar untuk mengekang tindakan luar jangka .
Pada awalnya Nora bakal dibebaskan dengan ikat jamin, tetapi beliau telah dibawa ke Penjara Kajang. Tindakan polis benar-benar mencerminkan sikap mengikut telunjuk penguasa, kononnya atas nama keselamatan .
Baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan fitnah Najib terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba dikaitkan dengan penganas, seperti yang dilaporkan dalam Laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’.
Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengarahkan polis untuk menyiasat Anwar, namun gagal apabila pihak CNN telah melaporkan bahawa Anwar bersih daripada tuduhan dan tiada bukti .
Gagal dengan perancangan tersebut, tiba-tiba muncul tindakan Ketua Wira Perkasa, Armand Abu Hanifa membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar, kerana kononnya beliau mendapat maklumat bahawa Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapatkan suaka politik di luar negara.
Aramnd berkata, kononnya Anwar merancang untuk meniru Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan ( civil disobedience ) seperti rusuhan ‘baju merah’ di Bangkok. Malah beliau juga menuduh Anwar cuba untuk membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalanraya.
Dr Mahathir pula dilihat menyalahkan pihak polis terhadap Operasi Lalang yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987. Malah Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara senada dengan Dr Mahathir, kononnya Dr. Mahathir tidak setuju dan membantah tindakan polis untuk melaksanakan Operasi Lalang .
Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa setiap tindakan yang melibatkan tangkapan ISA tidak melibatkan Perdana Menteri. Seolah-olah semua ini adalah tindakan polis dan bukan atas campur tangan ahli politik
Bermakna sekiranya berlaku siri tangkapan ISA ala Operasi Lalang, rakyat tidak boleh menyalahkan Najib Razak kerana ia bukan atas arahan dan tidak melibatkan keputusan Perdana Menteri.
Mereka boleh buat dan mencipta apa jua tuduhan untuk menghalalkan tindakan untuk menangkap atau menahan sesiapa yang dilIhat berpotensi menjana pergerakan massa terutama pimpinan parti-parti politik. Ketakutan Rejim Najib – Rosmah tidak dapat dibendung lagi !
*Fariz Musa adalah ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia.
No comments:
Post a Comment