Monday, February 7, 2011

Shuhaimi mengaku tidak bersalah berhubung dakwaan menghasut

TERKINI @ 01:26:45 PM 07-02-2011
February 07, 2011
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya pada 12 Januari. — Foto Bernama

Shuhaimi ketika tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam sambil disambut beberapa pemimpin Pakatan

SHAH ALAM, 7 Feb - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Sri Muda, Shuhaimi Shafie mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen hari ini.

Shuhaimi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan dalam laman blognya yang kononnya menghina Sultan Selangor berhubung kontroversi pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor 30 Disember lalu.

Shuhaimi didakwa menerusi artikel berjudul ‘Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959′.

Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan mengaku tidak bersalah sejurus selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam Hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.

Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan), termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Wakil rakyat penggal pertama itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, Shuhaimi, 42, berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes itu akan disebut semula pada 28 Mac.

Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat khidmatnya di Kota Kemuning di sini dan kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan.

Turut hadir di bilik mahkamah yang sesak pagi tadi ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar dan Yaakob Sapari.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria meminta mahkamah menetapkan RM20,000 sebagai wang ikat jamin atas alasan kesalahan didakwa dilakukan adalah serius membabitkan hasutan terhadap Sultan Selangor.

Bagaimanapun peguam Shuhaimi, Amer Hamzah Arshad membantahnya atas alasan permintaan itu bersifat menekan anak guamannya sedangkan hukuman denda yang diperuntukkan hanyalah RM5,000 di bawah Akta Hasutan.

Seorang lagi peguam Shuhaimi, Edmund Bon pula meminta mahkamah hanya mengenakan bon peribadi berbanding wang ikat jamin.

“Jika hari ini bon diberikan, beliau tidak perlu menyediakan RM20,000,” kata Bon lagi.

“Hanya kata-kata jaminannya dijadikan sekuriti. Sebagai seorang ADUN, anak guaman saya tidak akan melarikan diri,” katanya.

Peguam ketiga Shuhaimi, N. Surendran berkata wakil rakyat itu akan memfailkan petisyen untuk meminta tuduhan ke atasnya digugurkan atas alasan Akta Hasutan bercanggah dengan perlembagaan.

“Kami akan membuat permohonan di Mahkamah Tinggi dalam waktu terdekat,” kata Surendran.

Selain Amer, Surendran dan Bon, Shuhaimi juga diwakili oleh Latheefa Koya, Yusmadi Yusoff, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Shuhaimi ditahan polis Khamis lalu untuk mendakwanya di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung satu entri di dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Adun Sri Muda, Suhaimi Shafei (kiri) diiringi penyokongnya hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan. — Foto Bernama
Adun Sri Muda, Suhaimi Shafei (kiri) diiringi penyokongnya hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan. — Foto Bernama

Sumber: Selangorkini dan Malaysian Insider

No comments: