MBSA SEPERTI MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA PENGUSAHA TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
JALAN KEBUN - Seperti ada satu jalinan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) dengan induvidu yang menjalankan operasi pembuangan sampah haram di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.Kenyataan ini seperti ada kebenarannya kerana ketika Anggota Penguatkuasa MBSA serta Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan MBSA hadir ke lokasi pembuangan sampah haram tersebut tiada seorang pun Pegawai yang berani mengambil tindakan kepada pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut malahan pegawai - pegawai MBSA yang sepatutnya menjalankan tugasan pada hari tersebut bersikap lepas tangan.
Pada hari tinjau tersebut hampir 10 buah jentera pengangkut sampah telah memasuki ke dalam kawasan tempat pembuangan sampah tersebut namun yang amat di kesali tiada seorang pegawai MBSA pun yang bewrani atau pun mahu menahan jentera serta pemandu dari terus melakukan kerja - kerja pembuangan sampah di lokasi tersebut.Pegawai MBSA hanya mengarahkan pemilik tempat pembuangan sampah haram tersebut membersihkan kembali tempat tersebut dalam masa dua minggu.Kini sudah menjangkau ke 3 minggu namun tiada tanda - tanda pemilik serta pengusaha tempat pembuangan sampah haram tersebut melakukan kerja - kerja pembersihan.Pejabat Pusat Khidmat Rakyat sekali lagi menerima aduan dari penduduk sekitar berkenaan dengan permasalahan tersebut yang seperti tiada penghujungnya.Diharap Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBSA agar menjalankan tugasan dengan telus dan adil serta tidak mengamalkan sikap pilih kasih agar rakyat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana setiap masa rakyat akan memantau serta memerhatikan tindak tanduk kakitangan MBSA yang sememangnya diragui sekian lama.
No comments:
Post a Comment