Selepas 20 tahun, Jalan Kampung Lombong Di Turap Semula
|
Mulai Julai lepas, projek penurapan itu telah di mulakan dan sehingga semalam, kerja-kerja penurapan telah mencapai 90 %.
Pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut terutamanya ADUN Sri Muda YB Shuhaimi Shafie yang membawa perkara ini sebanyak 5 kali ke dalam dewan negeri. Turun naik berjumpa JKR Klang dan Negeri, barulah penurapan jalan ini dapat dilaksanakan.
Juga pihak JKKK Kg Jalan Kebun, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 11, JPKK Kg Lombong dan semua penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penurapan jalan tersebut seperti Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Pejabat Daerah Klang dan JKR Klang/Selangor.
Jalan tersebut yang bermula di tapak pasar malam hari selasa Kg Jalan Kebun dan berakhir di Kg Lombong, telah lama rosak akibat digunakan oleh lori pasir yang berulang alik membawa pasir dari kuari pasir di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, ke destinasi pembinaan di sekitar lembah Klang.
Permohonan sebelum ini kepada JKR agar jalan tersebut di turap telah banyak kali di tolak atas alasan kerosakan akan terus berlaku selagi lori pasir masih menggunakan jalan tersebut.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, JKKK Kg Jalan Kebun dan MPP Zon 11 telah berjaya berunding bersama pengusaha lori pasir yg terbabit agar tidak lagi menggunakan jalan tersebut sebaliknya menggunakan jalan lain yang perlu mereka baiki yang terletak di sempadan kampung dengan estet kelapa sawit.
Perkara ini telah mendapat perhatian khas dan sokongan penuh dari YB Shuhaimi Shafie yang telah meninjau sendiri beberapa kali ke lokasi jalan alternatif tersebut seperti lapuran sebelum ini di sini.
Mulai Oktober 2010, Jalan Kampung Lombong tidak lagi di gunakan oleh lori pasir dan hasilnya jalan tersebut dapat di turap semula sekarang.
Semuga dengan perkembangan terbaru ini, penduduk Kampung Jalan Kebun dan Kampung Lombong dapat menggunakan jalan tersebut dengan lebih selesa dan selamat di bandingkan sebelum ini.
Papan Tanda |
Jalan Kg Lombong bermula di Tapak Pasar Malam (Sebelum di turap) |
Lori-lori Pasir Menggunakan Jalan Kg Lombong |
Kerosakan Jalan Akibat Muatan Lori Pasir |
Kerosakan Jalan |
Kerja-kerja penurapan pada 22 Julai 2011 |
90% Kerja-kerja Penurapan pada 12 Ogos 2011 |
No comments:
Post a Comment