Jasa turut dikaitkan dengan projek IC selain SPR, JPN
(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara agensi kerajaan yang terlibat menjayakan projek IC untuk memenangkan Barisan Nasional setiap kali pilihan raya.
“Manipulasi (pilihan raya) ini melibatkan Umno-Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, termasuk Jasa,” kata Ketua Penerangan Selangor, Shuhaimi Shafiei.
“Jasa diwujudkan untuk tujuan memberi penerangan polisi kerajaan, tetapi kini ia lebih kepada alat politik untuk mendaftarkan pengundi dan mendaftar pemilih dan keanggotaan Umno. Kita merasa dukacita apabila wang rakyat digunakankan untuk tujuan ini,” katanya.
Menurut Shuhaimi, isu individu bertaraf penduduk tetap dimasukkan ke dalam senarai pemilih sudah lama dikesan seperti di kawasan parlimen Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Langat di Selangor.
“Sebagai contoh di kawasan saya di parlimen Kota Raja sehingga suku kedua 2011 kami mendapati lebih 100 nama individu yang bertaraf pemastautin tetap berada dalam senarai pemilih. Saya berani katakan kerana ada bukti,” kata Shuhaimi yang juga Adun Seri Muda.
Malah Shuhaimi berkata, beliau turut mendapat maklumat bahawa terdapat pekerja warga asing yang lebih mahir dengan cara untuk memperolehi kad pengenalan Malaysia atau mendapat status penduduk tetap.
“Saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Ia memperlihatkan betapa cemas, terdesak, panik dan gusarnya Umno-BN. Mereka tiada pilihan selain terpaksa terus menipu,” kata beliau.
Justeru katanya, KEADILAN terutamanya di Selangor akan meneruskan semakan daftar pemilih dan membuat bantahan terhadap percubaan mendaftarkan individu yang tidak sah sebagai pengundi.
Shuhaimi, baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya 169 pemegang status Pemastatutin tetap (PR) dikesan didaftarkan sebagai pengundi di Hulu Langat, Selangor sahaja.
Ia susulan pendedahan mengenai isu ‘Mismah’, seorang PR yang dikesan dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapat status pengundi baru dalam laman web SPR.
Shuhaimi menjangkakan, ‘kaedah Jus Soli’ itu akan terus meningkat kepada jumlah yang lebih besar, terutama di beberapa kawasan BN yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008.
Keadilandaily
No comments:
Post a Comment