Wednesday, May 16, 2012

13 Mei hari permulaan Demo MANSUHKAN TOL!


Bila sebut 13 Mei.. semua akan ingat tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969. 

Bila sebut 13 Mei.. perkataan darurat berkait rapat. 

Tarikh keramat ini telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa serta harta benda yang menjadi titik hitam kepada sejarah dalam negara.

Namun, kali ini 13 Mei disambut dengan berbeza di sekitar lebuhraya persekutuan Batu Tiga Shah Alam. 

Satu demonstrasi diadakan oleh beberapa parti komponen Pakatan Rakyat  menuntut Kerajaan agar menutup operasi tol di Batu tiga dan Sungai Rasau, Klang.

Tarikh ini hanyalah permulaan kerana banyak lagi demo bantahan akan menyusul.

Mereka mendakwa bahawa kos lebuhraya RM357 juta telah pun dicapai dan dikembalikan dalam masa tiga tahun. Tol ini telah mula beroperasi pada tahun 1993 dan kontrak pengutipan tol adalah sehingga tahun 2018. 

Secara jujur, aku sebagai rakyat Malaysia bersetuju dengan desakan ini. Ini kerana alasan tol tersebut dibina adalah untuk membiayai kos lebuhraya tersebut dan bukannya untuk menjana pendapatan negara. 

Tidak kira siapa yang bakal memerintah di masa hadapan, mungkin BN mungkin PR. Bebanan rakyat perlu dikurangkan. Tol tersebut perlu dihapuskan. 

Demo tersebut pada asalnya berjalan seperti sedia kala sehinggalah mereka membuat sedikit kekecohan. Mungkin terlalu teruja untuk menyuarakan bantahan mereka sehingga membuatkan pengguna jalan raya dan beberapa wartawan tidak selesa.

Aku sama sekali tidak bersetuju dengan insiden tol 5 minit percuma kira-kira jam 3 petang yang aku anggap kurang bijak. 

Disini aku berkongsi dengan kalian gambar-gambar yang aku ambil sewaktu demo tersebut berlangsung. 

Jika anda berhasrat untuk melihat video penuh demo ini.. Klik sini 





Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri ketika ditemui wartawan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika di temubual oleh Mobtv 



Siapakah gerangan di sebalik topeng ini??

ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafie melekatkan pelekat kereta kepada pengguna tol Batu tiga. 


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turun menyatakan sokongan demo bantahan tol. 

.

Exco Negeri Ronie Liew memberikan pelekat percuma. 



Ketua AMK, Shamsul Iskandar meletakkan pelekat "No Tol, Just Go" di kereta pengguna jalan raya tol batu 3. 

Wartawan bertugas pun sempat bergambar... 







Add caption





No comments: