Dato' Seri Shahrizat Jalil bertanggungjawab menubuhkan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) sebaik sahaja beliau mula-mula dilantik menjadi menteri penuh. Pengumuman mengenai penubuhan majlis ini dibuat pada 29 Jun 2001.
Pada asalnya, keanggotaan MPWK adalah terdiri dari EXCO wanita dari kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia. Malangnya, sejak penubuhan hingga ke hari ini, ia telah disalahgunakan sebagai sebuah organisasi haram yang dianggotai oleh Ketua-ketua Wanita Umno dan pimpinan Wanita Umno di setiap kawasan parlimen dan diberikan peruntukan yang besar oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram.
MPWK mempunyai anggota di peringkat negeri dan parlimen. Ketua MPWK di peringkat negeri adalah Ketua Wanita Umno Negeri, manakala di peringkat parlimen adalah Ketua Wanita Umno Bahagian.
KEADILAN mempunyai bukti mengenai perbelanjaan dan peruntukan yang telah disalurkan kepada kesemua bahagian Wanita Umno di seluruh negara dengan berselindung di sebalik pertubuhan haram yang diberi nama MPWK ini.
Hari ini, Wanita KEADILAN menampilkan bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK. Surat jemputan yang dilampirkan bersama dialamatkan kepada Puan Normah Mohd Saman iaitu Ketua Wanita Umno Wangsa Maju.
Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang. Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Dato' Seri Shahrizat Jalil.
Oleh itu, Wanita KEADILAN mendesak:
1. 1) Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK ini dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK;
2. 2) Dato' Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan siasatan dalaman di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan serta merta bagi mengenalpasti sejauh mana penyelewengan telah berlaku sejak 2001;
3. 3) Dato' Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan
4. 4) SPRM menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.
Wanita KEADILAn akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Dato' Seri Najib Tun Razak, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan SPRM.
HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment