– May 10, 2012Posted in: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Barisan Nasional, Berita, Berita Nasional, Fokus, Pakatan Rakyat, Politik & Berita Nasional, Wakil & Institusi Kerajaan
873 views
PETALING JAYA, 10 MEI :
PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang
Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang
terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPR).
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan
perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak
2004 hingga 2011.
“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk
mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya
dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di
sini.
Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan
pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi
pengundi bagi kawasan tersebut.
Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang
kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk
memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.
Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media
seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan
kepentingan rakyat.
“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.
Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata,
media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan
fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan
Umno-BN.
“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat
keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah
kerajaan Umno-BN,” katanya.
Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan
Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR
Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.
Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli
Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun
Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.
No comments:
Post a Comment