277 views
KLANG,
12 MEI : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) hari ini menyampaikan bantuan
RM1,500 kepada 75 waris warga emas bagi DUN Sri Muda, Parlimen Kota Raja.
Rata-rata waris yang hadir ditemui ternyata gembira dan mengucapkan terima kasih di atas usaha kerajaan negeri.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, SMUE
ini adalah skim khairat kematian sebagai usaha menghargai warga emas
tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan
tahap sosial mereka.
“Tujuan SMUE ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam
menyelesaikan beberapa perkara seperti proses pengurusan jenazah serta
pengkebumian dan membantu melangsaikan hutang si mati,” katanya ketika
memberi ucapan di Majlis Penyampaian Bayaran Manfaat SMUE Fasa Kedua di
Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) Jalan Kebun hari ini.
Katanya, SMUE bertujuan memberi manfaat dalam bentuk perlindungan
bemilai RM2,500 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang
mendaftar secara rasmi dengan urus setia SMUE.
Sejumlah
RM1,500 seorang akan diberi selepas kematian, manakala RM1,000 akan
diberikan setelah selesai proses pengebumian dan waris boleh menuntut di
Pejabat Khidmat DUN di setiap kawasan.
SMUE dilancarkan pada Ogos 2008 dan merupakan salah satu daripada
tujuh agenda dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini
sudah memasuki Fasa Kedua.
Selain itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang turut hadir berkata,
kerajaan negeri ingin mengembalikan hasil yang diperolehi oleh negeri
kembali kepada rakyatnya.
Shuhaimi turut menasihati waris si mati supaya menggunakan wang yang
diperolehi daripada SMUE itu untuk kebajikan dan manfaat kepada si mati
serta tidak sesekali menyalahgunakan wang berkenaan.
Sehubungan itu, semua warga emas yang belum menikmatinya hendaklah
mendaftar dengan berpandukan kepada syarat-syarat seperti mesti berumur
60 tahun dan ke atas, lahir dan sedang menetap di Selangor, bermastautin
di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
No comments:
Post a Comment