Loading...

Wednesday, April 10, 2013

Anak Muda Sabah Bangkit Untuk Perubahan




SABAH 9 APRIL: Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh ditahan-tahan lagi.
Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program.
Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu.
anwar di tuaran“Sebilangan besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat,” kata Nazlin.
Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak muda.
Dalam majlis sama, Pengarah Media dan Perang Saraf Jentera Pilihan raya KEADILAN Sulaman, Ghulabdin Enjih, berkata anak muda  hilang keyakinan terhadap pimpinan Umno di Tuaran.
“Kepimpinan Umno Tuaran mengabai kepentingan rakyat, contohnya penyusunan rumah di Kampung Mengkabong yang dibina secara semberono dan sambil lewa.
“Lebih ketara lagi pembangunan perumahan itu dibuat tanpa sistem kumbahan dan pusat pembentungan najis, malah ada penduduk yang masih tidak mendapat rumah mereka,” katanya pada kenyataan media.

keadilandaily

No comments: