Gutter Politics atau Polisi & Dasar
“Gutter Politics” atau Politik jijik yang dibawa UMNO BN
semakin menular seolah-olah ia mainan kebiasaan dan terus memberi impak buruk
kepada lanskap politik negara, tidak bagi pihak Pakatan Rakyat dimana dasar dan
polisi merupakan senjata asas.
Cara Politik jijik yang dimainkan UMNO-BN ini tidak selaras
dengan budaya seorang Melayu beragama Islam.Mengaibkan seseorang dengan fitnah
itu tidak mencerminkan budaya sebenar majoriti rakyat di negara ini.Melayu ini
punya adat sopan-santun , tertib dan hormat-menghormati.
Melihat “trending gutter politics” ini berlaku sejak tahun
REFORMASI 98 , UMNO-BN menjangka serangan politik jijik ini akan berjaya, namun
sudah bersiri-siri menyerang hingga ke tahun 2013 pun malang buat UMNO-BN
sokongan rakyat semakin meningkat pada Pakatan Rakyat.Benar bahawa sesuatu
kebenaran itu harus dibayar dengan masa.
Implikasi kepada rakyat amat buruk , bayangkan foto dan
video jijik ini menjadi tayangan media arus perdana. Sehinggakan kanak-kanak
atau rakyat bawah umur punya akses untuk melihat. Cara apa ini ? mana dia
undang-undang televisyen ? kita bukan “Americano” . Apakah UMNO mencerminkan
cara Melayu? . Dek ingin pertahankan kuasa , UMNO BN menghalalkan cara. Puih!
Pakatan Rakyat sudah berkali-kali mencanangkan politik baru
dimana kita bicara soal rakyat dengan melahirkan polisi dan dasar yang dapat
mengurangkan beban hidup rakyat. Jika seteru Pakatan Rakyat juga mengamalkan
politik seperti ini maka rakyat akan mendapat manafaat.
Malaysia ini Negara Demokrasi dan punya “2 ways politics”
samada UMNO-BN atau PAKATAN RAKYAT. Kita biasa dengar “negara demokratik ini
rakyatlah yang berkuasa” dan “suara rakyat , suara keramat” . Namun apakah yang
merencatkan ungkapan ini agar ia menjadi nyata ?
Negara ini akan menjadi lebih sejahtera jika kedua-dua parti
masuk ke gelanggang dasar dan polisi. Bersaing melahirkan polisi yang mampan ,
persaingan sihat ini mendidik rakyat untuk undi mengikut pertimbangan dasar dan
polisi yang sesuai untuk dirinya bukan
lagi undi mengikut sentimen peribadi mahupun kaum. Maka ia tidak timbul
pergaduhan di akar umbi yang tidak membawa apa-apa erti.
Justeru UMNO-BN harus sahut cabaran Pakatan Rakyat agar
sama-sama bersaing secara sihat dengan memberi tawaran yang relevan kepada
permaslahan rakyat masa kini. Hindari fitnah murahan dan politik jijik , raikan
tawaran atau dasar dan polisi yang membantu hingga ke akar umbi.
-MJ
No comments:
Post a Comment