Thursday, April 11, 2013

Mohon PDRM Pertingkatkan Keselamatan Semasa Kempen PRU-13



PETALING JAYA 11 APRIL: KEADILAN bercadang bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi membincangkan isu keselamatan menjelang hari penamaan calon dan kempen pilihan raya umum ke-13
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pertemuan tersebut penting bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi membendung kacau ganggu terhadap program Pakatan Rakyat.
Saifuddin_Sivarasa
Sidang media disiarkan secara langsung dari ibu pejabat KEADILAN
“Saya dah tulis surat pada Tan Sri Ismail Omar untuk memohon mengadakan pertemuan ekoran beberapa program dan aktiviti parti yang masih menerima serangan dan kacau ganggu.
“Sehingga hari ini, saya masih belum menerima maklum balas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Kata Saifuddin, pertemuan tersebut khusus melibatkan keselamatan orang ramai dan kemusnahan harta benda parti KEADILAN termasuk ugutan samseng upahan Umno-BN untuk membakar ibu pejabat parti KEADILAN.
“Hari ini saya akan hantar surat sekali lagi dan minta Tan Seri IGP menyegerakan pertemuan. Bila mula sahaja kempen 15 hari, elemen kacau ganggu memberi kesan mudarat.
“Kita mahu jaminan keselamatan oleh pihak polis,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memainkan peranan apabila mengenepikan peranan salah guna kuasa oleh Umno-BN.
“Bukan setakat insiden keganasan, tetapi aspek penggunaan media yang adil. Pelancaran manifesto Umno-BN lebih satu jam di media arus perdana, di waktu perdana.
“Apakah parti lain berpeluang mendapat waktu ke udara di media dan waktu perdana yang sama? Kerana rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh.
“Apakah moral dan ‘authoriti’ SPR sebagai pengadil? Mereka tak memainkan peranan yang diwajibkan undang-undang,” katanya.

keadilandaily

No comments: