Loading...

Friday, April 12, 2013

Sokongan Rakyat Selangor Kekal Bersama PR



pakatan selangor

SHAH ALAM 11 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.
Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
shuhaimi pc stripe 01Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda ‘Gelombang Biru’ apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.
Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.
Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.
“Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.
“Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR,” ujarnya optimis.
Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.
“Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar,” katanya.
Jenice Lee 1Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.
Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.
“Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain,” ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.

selangorku

No comments: