Loading...

Tuesday, April 9, 2013

Polis Wajib Jamin Peralihan Kuasa Yang Aman





KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.
“Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.
pilihan raya“Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa (yang buruk, ketika) peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak, selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.
“Kena ‘cool head’ untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
“Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.
“Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya,” katanya.
Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.
“Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.
“Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.
“Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang,” kata Musa. – SDQ

keadilandaily

No comments: