SHAH ALAM 11 APRIL :
Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti
rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku
keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus
serta adil.
Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa
perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira
kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi
Selangor (MES).
Koordinator
BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor
ketika ini dilanda ‘Gelombang Biru’ apabila program anjurannya dihadiri
ramai orang.
Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.
Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin
Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.
“Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit
seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk
mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.
“Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat
kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR,” ujarnya
optimis.
Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat
kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran
Umno-BN.
“Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan
majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri,
kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar,” katanya.
Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah
majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib
Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat
tempatan.
Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.
“Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan
makan tetapi bila undi, ini cerita lain,” ujarnya penuh yakin sokongan
rakyat masih bersama PR.
No comments:
Post a Comment