Loading...

Tuesday, April 9, 2013

BN Copy Paste Manifesto PR , Terbukti Manifesto Harapan Rakyat Ini Boleh Dilaksana




PETALING JAYA 8 APRIL: BN menciplak 22 idea yang sama dari Pakatan Rakyat mengesahkan Manifesto Harapan Rakyat realistik, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Mereka selama ini kata tawaran kita akan bankrapkan negara. Bila dia buat perkara yang sama itu membuktikan kira-kira kita betul,” kata Rafizi kepadaKeadilan Daily mengulas dakwaan BN mengatakan Manifesto Pakatan tidak realistik.
ciplakManifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu menawarkan penurunan harga kereta sehingga 20 hingga 30 peratus sama seperti dibentangkan Pakatan dalam manifesto yang diumum enam minggu lebih awal.
BN turut menciplak idea untuk memberi permit individu kepada pemandu teksi, peruntukan khas kepada semua jenis sekolah dan banyak lagi.
“Sebelum ini BN kata Manifesto Pakatan tidak realistik kerana kononnya tidak ada asas kewangan dan kira-kira kita akan bankrapkan negara.
“Kemudian, bila kira-kira kita betul, ia mengesahkan program yang kita tawarkan realistik, malah semua program lain yang menggunakan kaedah kira-kira yang sama pun realistik,” kata Rafizi.
“Ini juga menguatkan hujah Tun Musa Hitam bahawa melaksanakan tawaran Pakatan tidak akan memufliskan negara,” sambungnya.
Berikut senarai penuh 22 janji BN yang diciplak dari idea Pakatan Rakyat:
1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam
Senarai ini mengikut kenyataan Rafizi hari ini. – NS

keadilandaily

No comments: