KUALA LUMPUR 16 JULAI: Terlalu bergantung kepada laporan TV3 danUtusan Malaysia punca Ahli Parlimen BN tidak mendapat maklumat sebenar berhubung kecurangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama semasa mengendalikan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN itu mengulas dakwaan Ahli Parlimen BN kononnya kegagalan SPR hanya melibatkan penggunaan dakwat yang tidak kekal dan tiada isu lain melibatkan badan itu.
“Ahli Parlimen BN sering cabar selain dakwat kekal tiada isu lain yang dibangkitkan Pakatan Rakyat melibatkan SPR kerana mereka hanya baca Utusan dan tonton TV3, sedangkan kalau teliti petisyen (pilihan raya) yang dikemukakan, banyak kes seperti pengundi hantu.
“Petisyen (Parlimen) Libaran misalnya menyebut secara khusus (kewujudan) pengundi yang bukan warga negara dalam senarai (daftar pemilih),” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Anwar, insiden blackout (lampu padam) semasa pengundian 5 Mei lalu dan petisyen bantahan berhubung isu itu melibatkan Parlimen Baram di Sarawak, DUN Klias, Sabah dan kawasan lain yang pernah didedah Pakatan Rakyat dinafi SPR dan pemimpin BN.
“Begitu juga di Parlimen Tapah yang kini menjadi kes mahkamah. Bagaimana SPR mengizinkan kakitangan Majlis Daerah mengangkut keluar peti-peti undi dari lokap pada masa yang tidak dibenarkan.
“Manakala penipuan di Parlimen Balik Pulau, bilangan undi melebihi jumlah kertas undi yang dikeluarkan. Sebanyak 700 kertas undi diterima pegawai pengurus SPR sedangkan bilangan yang ada hanya 424, selain Borang 14 menyebut 556,” kata Anwar lagi.
TV3 dan Utusan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk diwawancara tetapi memberi temuramah khas kepada SPR untuk menyerang Pakatan.
KD
No comments:
Post a Comment