Sunday, January 29, 2012

Semua warga Selangor dijemput hadir.

Ceramah Di Jalan Kebun Shah Alam

Selepas suatu program ABU (Asalkan Bukan UMNO) diserang oleh pengganas di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam minggu lalu; Pemuda Pakatan Rakyat sekali lagi menganjurkan majlis ceramah di tempat yang sama pada 28/01/2012.

Ceramah penerangan turut disampaikan oleh YB Nurul Izzah, YB Ng Suee Lim, YB Yunus, YB Shuhaimi Shafiei. Ia mendapat sambutan yang amat meriah berbanding dengan ceramah pembangkan Selangor yang sengaja diadakan berdekatan dengan Dewan MBSA yang hanya dihadiri puluhan pendengar, manakala penerangan PR dihadiri lebih daripada seribu penduduk kampong.












Isu Palestin: Media kawalan Umno putar belit kenyataan Anwar

Jan 28 2012 / Keadilan Daily
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang memutar belit kenyataannya semata-mata mahu memfitnah, kononnya Ketua Pembangkang itu mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Keadilandaily


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, January 27, 2012

Debat: Apa yang Najib takut?- Anwar

(Oleh: Sidiqin Omar)

SABAK BERNAM 27 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut untuk menyahut cabaran debat yang beliau lontarkan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Stadium Mini Sabak Bernam malam tadi, Anwar mengulangi cabaran supaya Najib menerima pelawaan debat berkenaan, demi kepentingan rakyat.

“Dia (Najib) patut faham. Sekiranya ada dua pandangan berbeza, maka debat adalah cara terbaik untuk mengemukakan hujah,” tegas Anwar.
“Di mana-mana sahaja di dunia kini, di Turki, Amerika Syarikat, India dan Indonesia menganjurkan debat. Apa yang Najib takut?

“Perkara debat ini tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk kepentingan rakyat.
“Masalahnya, di hadapan penyokongnya, dia kata Anwar akan ‘demam’ (kalau debat). Tetapi bila diajak berdebat tak berani pula,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

Isu debat tersebut ditimbulkan semula baru-baru ini oleh badan pemikir, Merdeka Center yang menggesa perdana menteri dan ketua pembangkang itu mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Anwar sebelum ini mempelawa Najib untuk mengadakan debat berhubung belanjawan negara dan isu berkaitan ekonomi di Malaysia, namun tidak mendapat respon dari Presiden Umno itu.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar turut menyentuh kembali dasar ekonomi yang tidak menyebelahi rakyat terbanyak, terutama masyarakat luar bandar, khususnya berkaitan hal kebajikan dan pengagihan kekayaan negara.

“Kalau kita (Pakatan Rakyat) perintah, apa kita lakukan? Panggil tauke IPP (penjana tenaga bebas) dan runding semula harga. Tidak lagi mereka boleh untung besar atas angin dengan kenakan harga yang tinggi pada TNB (Tenaga Nasional Berhad).

“Kemudian (Umno-BN) tindas rakyat kerana bil yang tinggi dikenakan oleh TNB kepada mereka. Ini tidak adil,” tegas Anwar.

Mengungkap kata-kata Pendeta Za’ba, Anwar menegaskan masalah masyarakat Melayu berpunca dari pemimpin yang tidak amanah dan rasuah.

“Apa kata Za’ba? Orang Melayu berhadapan dengan masalah kemiskinan harta, ilmu dan akhlak kerana budi pekerti pemimpin Melayu itu sendiri.

“Ini bukan soal Anwar. Kalau soal aib – saya telah lama diaibkan. Enam tahun dipenjara, dipukul dan dimalukan. Apakah kita akan berhenti? Sudah tentu tidak. Kerana hal ini bukan soal Anwar, tetapi soal rakyat,” katanya.

“Sebab itu perubahan mesti dilakukan. Jika rencana mereka mahu penjarakan saya, tidak penting. Saya di luar atau di dalam (penjara), yang penting Pakatan Rakyat mesti menang dan menuju Putrajaya,” tegasnya.

Source: http://www.keadilandaily.com

Tuesday, January 24, 2012

Hadir Konvensyen Pakatan Rakyat 14/01/2012




























Wednesday, January 18, 2012

Anwar kemuka notis saman Utusan RM50 juta

Anwar kemuka notis saman Utusan RM50 juta

KUALA LUMPUR 18 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman sebanyak RM50 juta daripada Utusan Malaysia ekoran laporan berbaur fitnah mengatakan Ketua Pembangkang itu menghalalkan homoseksual di negara ini.
Laporan muka depan Utusan pada 17 Januari lalu bertajuk ‘Tolak Anwar- Hasan’ memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, berdasarkan temubual Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar milik Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.
Beliau juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam satu kenyataan lewat petang semalam berkata, laporan tersebut jelas berbaur fitnah, bermotif politik dan merendahkan nilai kewartawanan.

Menurut Surendran, Anwar semasa temubual itu tegas menyatakan pendirian bahawa muslim dan bukan muslim di negara ini menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita, serta menolak budaya homoseksual.

“Maka laporan Utusan Malaysia sepenuhnya adalah salah secara terang-terangan,” jelas beliau.

“Utusan Malaysia yang dikaitkan Umno konsisten menerbitkan laporan palsu, jahat dan celupar terhadap pembangkang.

“Laporan media bermotifkan politik dan jahat telah menjadi kebiasaan kepada media aliran utama seperti Utusan Malaysia.

“Keadaan yang tidak sihat ini telah dimulakan dan digalakkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Source: http://www.keadilandaily.com/?p=25630

ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali

ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali
ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

NONEDr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.
Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.
Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.
"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.

"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.

Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".

Pada masa yang sama, Khalid juga turut mengumumkan pelantikan ADUN Meru dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

Manakala ADUN Bandar Baru Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT), yang mana kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Dr Hasan sebelum ini.

Ditanya mengapa permilihan Dr Ahmad Yunus mengisi kekosongan kerusi exco itu, Khalid berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan atas "dasar kerja dan ia tidak bermaksud membelakangkan PAS".

"Keputusan melantik Dr Ahmad Yunus, Dr Rani dan Dr Shafie adalah keputusan yang dibincang... Kualiti perbincangan di antara kumpulan parti (dalam Pakatan) adalah 'rigorious'.

"Pelantikan Dr Yunus tidak bermaksud untuk membelakangkan PAS. Kita merujuk kepada PAS, bagaimana dengan (calon) ini... Kita berdiskusi dengan kepimpinan (PAS).

"Saya diberikan tanggngjawab untuk menentukannya... Saya rasa pelantikan Dr Yunus dapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani," kata Khalid sambil menolak tanggapan pelantikan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan semua pihak dalam Pakatan.

Malah, Khalid juga turut "bercakap" kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

Ditanya mengapa rombakan kecil di mana beliau sendiri memegang exco hal ehwal agama, Khalid  menegaskan peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

"Saya mengambil alih tugas berkenaan kerana Datuk SUK dan Datuk Penasihat undang-undang negeri (juga) adalah ahli Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya ambil alih kerana dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan JAIS," katanya sambil berpendapat Dr Ahmad Yunus berpengalaman dan mampu mengambil alih daripada tugasnya sebelum ini.

Khalid juga menjelaskan jawatan Dr Abdul Rani dan Dr Shafie bukan bertaraf exco, dan tidak boleh menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana kedua-dua tokoh tersebut tidak menerima watikah perlantikan daripada Sultan Selangor.

NONEDalam sidang media yang sama, Dr Ahmad Yunus (kanan) duduk di sebelah Khalid berkata, beliau tidak menyangka akan dilantik menjadi exco menggantikan Dr Hasan.

"Walaupun PAS pusat mencadangkan Dr Abd Rani sebagai penggantinya, tetapi (pemilihan saya) atas pertimbangan berdasarkan kerja. Saya tidak kata Dr Abd Rani tak boleh bekerja.

"Daripada apa yang dimaklumkan oleh menteri besar, saya memegang portfolio belia dan sukan yang dipegang oleh beliau. Beliau memberikan amanah dan ia merupakan satu kesinambungan supaya ia berjalan lebih lancar," katanya.

Dr Ahmad Yunus, 47, mempunyai seorang isteri dan mempunyai empat orang anak, dan berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan UM pada tahun 1991. Selain ADUN dan pembantu exco belia dan sukan, beliau merupakan yang dipertua (YDP) PAS kawasan Kuala Langat.

Beliau juga memegang jawatan antaranya sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Selangor dan timbalan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor.

Pernah dan masih bertugas sebagai doktor dan pengarah -sehingga kini - di beberapa buah pusat perubatan dan hospital antaranya di Perak, Pulau Pinang, Sarawak, dan Selangor.

Malaysiakini

Monday, January 16, 2012

RM600, 000 lebur bayar kad kredit keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR: Bagaikan tiada kesudahan apabila pendedahan demi pendedahan penyelewengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dapat disembunyikan.

Terbaru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membongkarkan perbelanjaan kad kredit keluarga Shahrizat sepanjang 2009 mencecah RM593,500 menggunakan wang National  Fidlot Corporation (NFC).

“Pendedahan sebegini akan diteruskan sehinggalah Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan yang melambangkan beliau dan rakan-rakan kabinet beliau menerima sepenuhnya pertanggungjawaban ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam NFC,” kata Rafizi dalam kenyataannya.

Justeru itu, beliau mengulangi desakan supaya Najib menggantung penglibatan keluarga Shahrizat di dalam NFC dan melantik pentadbir sementara untuk menguruskan NFC.

“KEADILAN mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan keluarga Shahrizat dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang berlaku.
Menurut Rafizi tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

1. Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;

2. Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat  tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;

3. Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan

4. Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

“Sekiranya ini tidak berlaku, KEADILAN tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Najib,”ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, 2 petang esok, Jingga 13 yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat menggunakan wang rakyat yang dipinjamkan kepada NFC.

Keadilandaily

Sunday, January 15, 2012

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana
 
 
Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speakingDalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik azizSebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

pakatan rakyat kedah stadium 150112Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam  adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.
 
 Mkini