7 Mac 2009 - Dewan MBSA Jalan Kebun - Ceramah Umum sempena 1 Tahun pemerintahan Pakatan Rakyat anjuran PKR Dun Jalan Kebun yang diadakan di Dewan MBSA Jalan Kebun yang sedang hangat terpaksa di hentikan berikutan bekalan eletrik di dalam Dewan dan beberapa rumah berhampiran dewan terputus secara tiba-tiba.
Majlis yang dihadiri oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berlangsung hangat sepanjang majlis berjalan bermula dari ucapan YB Shuhaimi Shuhaimi selaku tuan rumah
di hangatkan lagi dengan kelantangan pendedahan berita-berita sensasi di Parlimen oleh ahli parlimen Kuala Langat YB Abdullah Sani.
Program yang pada asalnya dirancang dibuat di padang bola bersebelahan Dewan tidak diluluskan oleh pihak polis Shah Alam dengan pelbagai alasan diberikan sepanjang proses permohonan permit bagi melengah-lengahkan urusan.
Akhirnya program tersebut dapat juga diadakan di Dewan MBSA Jalan Kebun Klang jam 8 malam.
Kehadiran pihak polis tidak menghalang lebih 5 ribu orang hadir untuk mendengar sendiri maklumat dari para pemimpin Pakatan RakyatMajlis lebih hangat dengan pengumuman kemasukan bekas 561ahli Umno, MIC dan MCA sekitar Dun Sri Muda diketuai oleh 6 Bekas Ketua Cawangan Umno.
Majlis bertambah hangat apabila YB Azmin Ali mendedahkan pembabitan Dato Sri Najib Razak dalam kes Altantuya seperti yang dilaporkan oleh beberpa akhbar luar negara beberapa hari lepas.
Lebih kurang pukul 11.00 malam kelihatan beberapa anggota polis berpakaian biasa kelihatan beredar dari dalam dewan. 10 minit kemudian kelihatan 2 orang petugas TNB berlegar disekitar kawasan berhampiran dewan. Dalam pukul 11.30 malam beberapa ahli PKR termasuk Ketua AMK Kota Raja Sdr Azmizam menerima mesej yang mana pihak tertentu sedang berusaha menghalang dari pendedahan oleh YB Azmin Ali diteruskan.
Tepat jam 11.40malam bekalan eletrik dalam Dewan dan beberapa rumah disekitar kawasan dewan telah dipotongPenyokong bertambah marah dengan tindakan tersebut, namun ianya dapat ditenangkan oleh Pengerusi Majlis Sdr Azwan Mat Amid yang dapat mengawal keadaan dengan baik.
Majlis bersurai dengan aman dan akhirnya tepat jam 1.00 pagi bekalan eletrik disambung semula.Ternyata Umno dan Barisan Nasional kini semakin tenat, mereka terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi menghalang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan masyarakat.
Sekian
No comments:
Post a Comment