Monday, March 16, 2009

Maulidur Rsaul- Badan Dakwah Islam S'or

LORONG SARKAWI JALAN KEBUN - Pada 9hb Mac 2009 hari Isnin yang lalu telah dilangsungkan satu majlis ceramah bersempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1430 Hijrah anjuran Badan Dakwah Islam Selangor (Badis).Kehadiran orang ramai yang diluar jangkaan telah menyebabkan pihak penganjur terpaksa menyediakan kanvas dilaluan masuk tapak ceramah.

Penceramah yang tidak asing dikalangan umat Islam di malaysia iaitu Ybhg.Dato' Ustaz Ismail kamus telah di undang untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut.Turut hadir mendengar tazkirah pada hari tersebut adalah Yb,Shuhaimi Hj Shafiei (Adun Sri Muda) serta Ybhg.Norhalim Sirome (Pengurusi MPP Zon 11).Orang ramai menyatakan rasa terharu diatas kesungguhan pihak penganjur yang mengundang Ustaz Ismail Kamus untuk menyampaikan ceramah pada majlis tersebut oleh kerana sudah agak bemiau tidak hadir ke Jalan Kebun untuk menyamapikan ceramah agama.

Pihak BDIS selaku penganjur juga melahir rasa syukur kehadrat ALLAH swt kerana dengan izinnya majlis yang julung kalinya di anjurkan telah dapat dijalankan dengan jaya.Ybhg Tuan Hj Patali mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ajk dan orang ramai yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.


SEBELUM MAJLIS BERMULA USTAZ ISMAIL KAMUS SEMPAT BERGURAU DENGAN PENGURUSI BADIS TUAN HJ PATALI


USTAZ ISMAIL KAMUS KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAH

NORHALIM SIROME (KIRI) DAN SHUHAIMI SHAFIEI (KANAN)

BERSAMA - SAMA RAKYAT TANPA MEMPEDULIKAN TARAF DAN KEDUDUKAN


DARI KIRI, SHUHAIMI HJ SHAFIEI,USTAZ ISMAIL KAMUS DAN HJ PATALI

APA YANG DIBINCANGKAN DI ANTARA TOKOH - TOKOH INI ?

No comments: