Majlis yang turut di hadiri oleh Adun kawasan Sri Muda Shuhaimi Hj Shafiei serta ahli parlimen kawasan Kota Raja Dr.Siti Mariah Mahmud telah di hadiri tidak kurang dari 1000 orang penduduk setempat.Sebelum bermulanya majlis pada malam tersebut Shuhaimi Shafiei telah diberikan penghormatan menyampaikan anugerah tokoh Maulidur Rasul bagi tahun 1430 hijrah kepada para tokoh tempatan yang terpilih.Orang ramai yang ditemui melahirkan rasa terharu dimana kebanyakkan majlis - majlis yang berlangsung disekitar Jalan Kebun akan dihadiri oleh wakil rakyat diperingkat DUN serta PARLIMEN.
Pada Malam majlis tersebut yang menjadi tumpuan adalah kehadiran teman - teman yang bukan beragama islam antaranya Sdr.Tan Ah Kow (Pengurusi MPP ZON 12),Sdr.Pappa Raidu (pengurusi MPP ZON 14) serta beberapa orang ajk dari MPP berhampiran yang turut hadir.
Shuhaimi Hj Shafiei bersama mantan kadi Jalan Kebun,Tuan Hj Muhgni (berbaju biru keADILan)
Tiada tempat Khas kepada yang disediakan.Shuhaimi Shafiei tidak merasa janggal apabila duduk bersama - sama orang ramai yang hadir.
Norhana Muhyidin tim/ketua Wanita PKR Kota Raja(kiri),Dr.Siti Mariah Mahmud ahli parlimen Kota Raja (kanan)
No comments:
Post a Comment