Tuesday, March 31, 2009

Bowling Untuk Persahabatan

Satu pertandinga persahabatan bowling antara Ahli-ahli Majlis dengan Pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam telah diadakan pada 01/03/09 di Sunway Pyramid.

Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk mempereratkan silaturahim antara pegawai-pegawai MBSA dan Ahli-ahli Majlis MBSA.

Semua peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan peluang bermain 3 pusingan. Hadiah-hadiah untuk pemenang kumpulan dan individual telah dianugerahkan oleh Dato Bandar.

Antara 3 Ahli Majlis yang menyertai pertandingan ini: En Paparaidu, En. Halim Sirome dan En. Tan Ah Kow.

Gambar bersama oleh Ahli Majlis Tan AK, En. Uthayasorian, Pengarah Penguatkuasa En. Khalidon dan pegawai MBSA.

Pegawai-pegawai tertindak sebagai urusetia pertandingan.


Ahli Majlis En. Tan Ah Kow sedia untuk melepaskan bola bowling.

Sesi bergambar dengan Dato Bandar: ke-2 dari kiri Ahli Majlis En. Halim, En. Vembarasen, Pegawai Penguatkuasa En. Sallehuddin, Ahli Majlis En. Uthayasorian, En. Paparaidu, Dato Bandar Tuan Mazalan, Ahli Majlis En. Cheong dan En. Tan Ah Kow.

Gambar kumpulan dengan Dato Bandar.

Waktu rehat sekejap antara Timbalan Pengarah Pelesenan En. Adzhar, Ahli Majlis En. Tan Ah Kow dan Pengarah Perkhidmatan Bandar Dr. Roslan.

Aksi Dato Bandar merasmikan pertandingan dengan membuat baringan pertama.

Aksi profesional oleh Ahli Majlis En. Halim Sirome.

Aksi Timbalan Pengarah Pelesenan En. Adzhar melakukan baring yang menarik.

Pengrusi Kelab Rekreasi Majlis Bandaraya Shah Alam merangkap Pengarah Pelesenan En. Rosli (tengah berbaju biru) bersama dengan pasukan urusetia pertandingan.

No comments: