Loading...

Monday, March 30, 2009

"SATU LAGI USAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR"

Shuhaimi Hj Shafiei berharap kepada pelajar yang terpilih agar tidak mempersia - siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk memperolehi keputusan cermelang pada peperiksaan yang akan hadapi nanti.


Sebahagian KPMI yang hadir tekun mendengar penjelasan dari Kerajaan negeri

Ketua biro pendidikan DUN Sri Muda En.Segar (kanan) dan timbalan beliau En.Fauzi ketika menghadiri Taklimat kepada KPMI
SRI MUDA - Kerajaan negeri Selangor yang di pimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk sekian kalinya telah menzahirkan suatu lagi usaha untuk dinikmati oleh rakyatnya.Kerajaan negeri melalui Pengurusi tetap Pendidikan,Pengajian tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Puan Dr.Halimah telah melancarkan program kelas tiusyen rakyat secara percuma untuk pelajar -pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini (2009).
Program yang disasarkan khas kepada golongan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mereka - mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan pada peperiksaan PMR yang lalu.Setiap DUN telah di pertanggungjawapkan untuk memilih seramai 100 orang pelajar untuk menyertai program kelas tiusyen rakyat dan dalam masa yang sama mereka - mereka ini akan menjadi anak angkat kepada ADUN disetiap dun.Kelas akan dimulakan seawal bulan April ini.


No comments: