Loading...

Wednesday, March 11, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN & DAILOG

TAMAN SRI MUDA - Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Taman Sri Muda 3 dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Mediterranean & Alora telah menganjurkan majlis perjumpaan serta dailog bersama ADUN Sri Muda dan Wakil MBSA pada 01 /03/ 2009.Majlis yang pada awalnya tidak mendapat kerjasama seperti yang diharapkan dari pada persatuan penduduk akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya.

Majlis yang berlangsung dalam suasana yang harmoni telah di hadiri tidak kurang dari 150 orang penduduk yang mendiami pangsapuri Mediteranean dan Alora.Orang Ramai yang hadir berpeluang mendengar penjelasan terus daripada YB Shuhaimi Shafiei berkenaan dengan apakah dasar Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sepanjang hampir setahun pemerintahan di negeri Selangor.Di pertemuan tersebut Orang ramai mengambil kesempatan untuk bertanyakan apakah langkah - langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah bagi menghadapi masalah ekonomi global yang sedang melanda ketika ini.

Dikesempatan itu juga penghuni yang mendiami kedua - dua kawasan tersebut berharap agar YB Shuhaimi Shafiei dapat membantu permasalah yang mereka hadapi sepanjang mendiami pangsapuri tersebut.Yb Shuhaimi Shafiei melahirkan keyakinan untuk membantu rakyat tanpa mengira latarbelakang dan kedudukan.


No comments: