Shuhaimi Hj Shafiei baru - baru ini berkesempatan berkunjung ke kawasan pilihanraya kecil Bukit Selambau untuk meninjau bilik gerakan serta jentera parti untuk menghadapi pilihanraya nanti.Pada lawatan tersebut Shuhaimi Hj Shafiei berpeluang berjumpa dengan calon dari Pakatan Rakyat En.Manikumar dan berkesempatan bertukar - tukar pendapatan serta pandangan dalam merangka gerak kerja demi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Dun Bukit Selambau nanti.Shuhaimi Hj Shafiei melahirkan kesanggupan untuk turun membantu jentera parti di Bukit selambau,Bukit Gantang dan insyaALLAh sekiranya berkesempatan beliau juga akan ke Sarawak membantu di Batang Ai.
Melihatkan sambutan rakyat ketika proses penamaan calon tempohari di kesemua pusat penamaan calon.Shuhaimi melahirkan keyakinan peluang untuk Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Kecil di 3 kawasan yang dipertandingkan amat cerah dibantu dengan kemelut politik yang sedang melanda pihak lawan.Jentera serta Ahli parti dari Pakatan Rakyat haruslah berusaha mendekati para pengundi untuk menyampaikan aspirasi parti agar dapat difahami dan di terima rakyat seterusnya memenangkan Rakyat serta calon yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil dikesemua kawasan yang dipertandingkan nanti.
No comments:
Post a Comment